Berita

Pertama Kali Pandang Wajah Awin, Izzue Terus Cipta Lagu

gempak
Rozaimi Zubaidi
02/02/2018
07:20 MYT
Sponsor Banner
Pertama Kali Pandang Wajah Awin, Izzue Terus Cipta Lagu
Penyanyi Izzue Islam akui telah mencipta lagu Muzik Tiduranku khas buat isterinya, Awin ketika kali pertama melihat dan jatuh hati pada wanita tersebut.
Izzue Islam, 27, berkata idea itu datang secara semula jadi walaupun ketika itu, dia belum mengenali Awin.
"Saya mula menulis lagu ini ketika pertama kali memandang wajah Awin. Masa itu saya tidak mengenalinya langsung tetapi sudah mula terpikat.
"Sejak dari itu saya pun mula menulis sedikit demi sedikit sehingga kami berkenalan dan akhirnya bercinta.
"Namun Awin hanya mengetahui mengenai lagu ini selepas kami berkahwin.
"Awin terkejut dan tidak percaya selama ini saya menulis lagu untuknya.
"Bagaimanapun, dia akui suka dengan lagu yang saya cipta ini," katanya kepada Astro Gempak.
Izzue ditemui selepas pelancaran lagu Muzik Tiduranku di The Loft Event Space di Shah Alam pada 31 Januari lalu.
Mengulas mengenai lagu tersebut, Izzue memberitahu ia mengisahkan mengenai rasa cinta dan rindu seseorang kepada wanita yang dicintai.
"Liriknya berkisar kepada luahan rasa cinta, kasih dan rindu terhadap pasangan masing-masing.
"Jika kita sayang dan cinta seseroang itu wajahnya ada di mana-mana termasuk dalam tidur," katanya lagi.
Selain lagu, Izzue turut melancarkan muzik video yang dirakamkan di Jordan pada Oktober tahun lalu.
Muzik video Muzik Tiduranku diterbitkan oleh Content Studio Astro Gempak di dalam satu program bertajuk MV10.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live