Penyanyi dan pelakon MK K-Clique mendedahkan yang pengarah serta pelakon-pelakon dalam filem Bunga Dan Kayu banyak memberikannya tunjuk ajar ketika sesi penggambaran bagi naskhah berkenaan.
MK ketika ditemui berkata, sewaktu menerima tawaran sebagai pelakon utama filem tersebut, dia berasa teruja kerana semua yang terlibat dalam Bunga Dan Kayu hebat-hebat belaka.
“Sebelum terima job ini, saya lihat dahulu pengarah dan pelakonnya. Apabila melihat barisan karyawan yang terlibat, saya terus setuju. Sebab saya jangkakan memang banyak ilmu yang saya akan belajar daripada mereka.
“Ternyata sangkaan saya benar. Selepas berlakon bersama-sama, saya terus berasa selesa dengan mereka dan banyak perkara tentang bidang lakonan saya pelajari,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, MK berkata, pelakon-pelakon lain juga banyak memberikan input sehingga dia boleh membawakan watak Noah dengan baik.
“Maklumlah, sebelum ini saya tidak pernah bawa watak komedi romantik. Apabila berlakon bersama mereka, keluar sisi yang lain menyebabkan saya berjaya membawakan watak tersebut dengan baik,” katanya lagi.
Filem ini mengisahkan tentang Noah (lakonan MK K-Clique) seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.
Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Selain MK, dan Azira, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin dan Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Izwan Isa
Sat May 07 2022


"Dari Budak Nakal Sekarang Sudah Berkahwin" - Joe Flizzow Imbas Kisah Hidup Dalam Lagu Satu Malam Di Temasek
Lagu ini dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya yang sangat berbakat, SonaOne.
.jpg?ext=.jpg)
Shuk Sahar Datang Mahkamah Syariah? Netizen; "Dia Yang Menyakiti Tapi Seolah Dia Disakiti"
Apa pun selepas ini semoga baik-baik sahaja

"Saya Pernah Berdepan Insan Narsis & Diperlakukan Dengan Teruk" - Elizabeth Tan
Elizabeth Tan dan Zynakal bergabung dalam lagu baru berjudul Narsis.
.jpg?ext=.jpg)
Peserta Ceria Popstar Xtra Menangis Kena Marah Mas Idayu, Ini Sebenarnya Yang Berlaku
Mas Idayu marah peserta

Peminat Mahu Pengarah Syahmi Sazli Jadi Pelapis Generasi Arwah Mamat Khalid - “Hang Boleh Pergi Jauh”
Memang ada potensi
.jpg?ext=.jpg)
“Usia Kandungan Memasuki 5 Bulan…”- Penyanyi Azzam Sham Kongsi Berita Isteri Hamil
Tahnaih Azzam dan Sheryl

Karaoke Superstar Minggu 4 - Highlight & Komen Juri
Amir Masdi! Otai masih berbisa dan Datuk Yusuf Haslam jadi juri di Episod 4 Karaoke Superstar kali ni guys! Jom enjoy! Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my

Musyi Terkejut Kena Serang Wanita Luar Kedai Makan - "Dia Warning Suruh Berhenti Menggatal Dengan Suami ..."
Alamak! Dah kenapa pula tu?
![[VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee? [VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/menintai-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee?
Old school sangat lagu ni ey...

Ippo Hafiz Lahir Rasa Syukur Isteri Kini Bertudung - “Isteri Saya Bertudung Atas Kerelaannya Sendiri”
Alhamdulillah...