Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pertama Kali Sambut Ramadan Bersama Yang Tersayang? Ini Tips Untuk Pasangan Baru Berkahwin

Syafiqah Jalal
13/04/2021 01:11 MYT
Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam! Buat pasangan suami isteri yang baru berkahwin ia pasti menjadi momen istimewa untuk disambut bersama.

Ia lebih bermakna buat mereka kerana pertama kalinya Ramadan ini dapat bersama-sama menjalani ibadah puasa, buka puasa, sahur dan Tarawih.

Namun apakah persediaan dan rancangan yang boleh dilakukan untuk menyambut Ramadan bersama supaya semua berada dalam keadaan manis dan sempurna?

Di sini, Gempak kongsikan 3 tips persediaan menyambut Ramadan buat pasangan yang baru berkahwin:

#1 Persiapkan Kelengkapan Ibadah

Ingat puasa pasti ingat Tarawih iaitu ibadah yang tidak akan dilepaskan di bulan Ramadan. Jadi untuk persediaan tersebut, suami dan isteri mungkin boleh sama-sama pastikan semua kelengkapan ibadah solat berada dalam keadaan bersih.

Paling penting, pastikan sejadah, telekung, kopiah, jubah anda semua sudah dicuci dengan bersih. Tapi Tarawih dilakukan setiap hari, pasti tak cukup masa untuk membasuhnya.

Jadi untuk menghilangkan bau kepam, masam dan hapak tersebut semburkan sahaja Febreze. Haruman Febreze juga pasti membuatkan anda dan pasangan rasa tenang dan bahagia.

#2 Juadah Berbuka Puasa & Sahur Yang Sederhana

Keterujaan untuk berbuka puasa bersama pasti membuatkan pasangan mahu memberikan yang terbaik tapi jangan pula sampai berlebihan. Jika isteri mahu memasak cukuplah juadah yang ringkas dan suami pula jangan terlalu mengikut nafsu ketika membeli juadah di bazaar Ramadan.

Ingat, anda hanya berdua di rumah, jadi tidak perlu sediakan juadah yang banyak dan ia bakal membazir. Cukup makanan utama seperti nasi dan dua lauk sahaja serta kuih muih sedikit sebagai pemanis mulut.

#3 Buat Kerja Rumah Bersama

Berkahwin maksudnya bersama, jadi kerja rumah juga pasti lebih manis jika dilakukan bersama-sama dan suami pun tidak mengharapkan isteri seorang sahaja. Mungkin anda dan pasangan boleh agihkan tugasan seperti isteri mengemas bilik tidur dan suami pula mengemas bahagian ruang tamu.

Selain membersihkan bahagian permukaan yang rata dan solid seperti meja, perabut dan cermin tingkap namun jangan dilupa kotoran di permukaan yang lembut seperti fabrik. Sofa, tilam, sarung tilam, langsir dan karpet anda mungkin nampak bersih tetapi suhu, kelembapan dan kontak tubuh badan anda boleh membuatkan permukaan lembut ini menjadi tempat pembiakan kuman.


Meskipun anda selalu menjemur karpet, sofa atau tilam di luar namun kuman masih melekat. Jadi bagi memastikan ia kekal bersih serta tiada bau kepam, masam dan hapak tersebut semburkan Febreze yang pastinya dapat menghilangkan bau dan kuman.

Jadi jangan lupa lengkapkan rumah anda dengan Febreze untuk menghilangkan bau dan membasmi sehingga 99.9% virus dan kuman untuk mengekalkan kebersihan rumah. Pastikan anda dan pasangan menjalani ibadah puasa dalam keadaan selamat dan tenang.

Selain itu, luangkan sedikit masa dengan pasangan anda untuk menonton pengalaman pertama bergelar suami isteri Sara (Uqasha Senrose) dan Nazril (Shukri Yahya) di slot Mega Drama, Rindu Awak Separuh Nyawa yang ditayangkan di Astro Ria (saluran 104), setiap hari Isnin dan Selasa jam 10 malam.

Tunggu apa lagi? Dapatkan Febreze di semua cawangan pasaraya Mydin sekarang!

#Ramadan #Berkahwin #Puasa #Pasangan #Febreze
;