Penyanyi Nora berharap agar orang ramai dapat mendoakan perjalanannya untuk menunaikan ibadah umrah akan berjalan dengan lancar.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nora mengakui ini merupakan kali pertama dia mengejarkan ibadah Umrah tanpa ditemani oleh suaminya, komposer arwah Johan Nawawi.

"Buat ahli keluarga yang disayangi, anak-anak, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan serta peminat-peminat yang dikasihi @fanoratik.nora, In Shaa Allah pada 3 Disember 2018, saya akan berangkat menunaikan umrah tajaan DSV Dato Seri Vida yang bermurah hati memberikan hadiah pakej umrah bersama Zainal Kembara, yang sangat-sangat berharga untuk saya.

"Terima kasih banyak-banyak Dato. Saya berdoa semoga Dato terus berjaya & bahagia dalam redha Allah dunia akhirat. In Shaa Allah. Dengan rendah hati, saya ingin memohon ampun & maaf kepada sesiapa saja yang mengenali saya, sekiranya ada tersalah apa-apa, samada sengaja atau tidak.

Salam Junaat buat semua.❤️ Buat ahli keluarga yg disayangi, anak2, sahabat2, kenalan2 serta peminat2 yg dikasihi. @fanoratik.nora In Shaa Allah pada 3 Dec 2018, saya akn berangkat menunaikan umrah tajaan DSV Dato Seri Vida yg bermurah hati memberikan hadiah pakej umrah bersama Zainal Kembara, yg sgt2 berharga utk saya. Terima kasih byk2 Dato?? Saya berdoa semoga Dato terus berjaya & bahagia dalam redha Allah dunia akhirat. In Shaa Allah. Dgn rendah hati, saya ingin memohon ampun & maaf kepada sesiapa saja yg mengenali saya, sekiranya ada tersalah apa2, samada sengaja atau tidak. Perasaan sayu sukar digambarkan kerana inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Mekah & Madinah tanpa suami tercinta. Doakan perjalanan & ibadah saya dipermudahkan oleh Allah SWT. Selamat pergi & pulang kepangkuan anak2 tersayang. Moga selepas umrah saya kali ini, akan datang tahun baru 2019 dgn sinar & semangat baru serta rezeki yg bertambah utk saya terus melangkah menjalani kehidupan yg lebih sempurna demi anak2. Memegang tugas sbg penyanyi, bapa, ibu tunggal adalah satu tugas yg amat mencabar. Semoga Allah memberi ilham, petunjuk ,hidayah dan pedoman utk saya menjadi muslim yg lebih baik. Dengan izin Allah. Salam sayang dari saya. Wasalam Nora Ariffin

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on


"Perasaan sayu sukar digambarkan kerana inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Mekah & Madinah tanpa suami tercinta. Doakan perjalanan & ibadah saya dipermudahkan oleh Allah SWT.

"Selamat pergi & pulang kepangkuan anak-anak tersayang. Moga selepas umrah saya kali ini, akan datang tahun baru 2019 dengan sinar & semangat baru serta rezeki yang bertambah untuk saya terus melangkah menjalani kehidupan yang lebih sempurna demi anak-anak.

"Memegang tugas sebagai penyanyi, bapa, ibu tunggal adalah satu tugas yang amat mencabar. Semoga Allah memberi ilham, petunjuk ,hidayah dan pedoman utk saya menjadi muslim yg lebih baik. Dengan izin Allah. Salam sayang dari saya. Wasalam Nora Ariffin," tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar segala ibadah yang dilakukan oleh Nora akan dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik ketika berada di sana nanti.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu.