TERKINI
Pertama Kali Secara Digital, Astro Anjur Uji Bakat Tertutup Program Raise The Star Malaysia
Astro menganjurkan uji bakat tertutup untuk program terbaharu iaitu Raise The Star Malaysia yang berkonsepkan digital buat julung kalinya di Studio 1, Astro Bukit Jalil.
Seramai 100 calon hadir ke lokasi uji bakat, namun hanya 30 peserta akhir akan dipilih untuk bersaing dalam program tersebut.
Barisan juri yang terlibat terdiri daripada nama-nama besar industri muzik tanah air, iaitu Ajai, Ikhwan Fatanna, Shila Amzah, dan Dia Fadila.
Uji bakat ini akan berlangsung selama dua hari dari 21 dan 22 Mei 2025. Calon-calon yang berjaya akan diperkenalkan di sidang media program kelak.
Maklumat lanjut mengenai Uji Bakat Top 100 Raise The Star Malaysia adalah seperti yang tertera di bawah:
Tarikh & Lokasi Uji Bakat:
Uji bakat Top 100 secara siaran langsung di platform digital Astro Gempak
21 - 22 Mei 2025, jam 5 petang @Studio 1, Astro Bukit Jalil
Jumlah Calon: 100 calon peserta
Platform Digital:
Secara langsung di platform media sosial Astro Gempak (YouTube, TikTok & Facebook)
Senarai Juri yang Terlibat:
21 Mei 2025, Rabu, Ajai, Ikhwan Fatanna & Dia Fadila
22 Mei 2025, Khamis, Ajai, Ikhwan Fatanna & Shila Amzah
Atur cara Uji Bakat:
Uji bakat sesi 1: 5 petang – 7 malam
Uji bakat sesi 2: 8 malam – 12 tengah malam
Format program:
30 peserta terbaik daripada sesi uji bakat akan dipilih untuk bersaing dalam Raise The Star Malaysia selama lapan minggu penuh cabaran dan transformasi.
Sepanjang pertandingan, mereka akan dinilai berdasarkan gabungan markah daripada juri profesional serta undian peminat secara dalam talian.
Peserta dengan markah tertinggi dan sokongan peminat paling kuat akan terselamat daripada penyingkiran, sekali gus meningkatkan peluang untuk dipilih oleh barisan komposer terkemuka.
Mereka yang berjaya mara akan menerima bimbingan eksklusif daripada para komposer, dan juga sebagai mentor yang berdedikasi dalam mencari suara paling tepat untuk menghidupkan karya asli mereka di akhir pertandingan.