Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Pertama Kali Sejak 20 Tahun" - Jurusolek Kesal Produksi Tak Sedia Makanan Di Set

Amri Hassan
04/08/2020 02:50 MYT
Jurusolek yang berkerja bersama sebuah syarikat produksi. Lyana Dee meluahkan kekesalan atas tindakan tidak menyediakan makanan dan minuman ketika penggambaran.

Kata Lyana, situasi itu pertama kali berlaku kepadanya sejak 20 tahun berkhidmat sebagai jurusolek produksi.

"Nak tanya, bukankah wajib syarikat produksi sekarang menyediakan makan tengah hari dan minuman di set?

"Sepanjang 20 tahun, ini kali pertama saya tidak disediakan makanan dan minuman ketika penggambaran," luahnya menerusi Facebook.



Lyana menyatakan keluhannya itu menerusi akaun rasmi Kru Produksi Bebas Malaysia pada Isnin.

Situasi itu mendapat perhatian ramai terutamanya kru produksi yang terkejut dan membantah tindakan tersebut.

Malah, ada yang menganggap tindakan syarikat produksi itu sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) baharu sepanjang PKPP.

Difahamkan penggambaran itu melibatkan dua hos di kawasan tasik Putrajaya.



#Produksi #Lyana Dee #Makanan Set
;