Berita

"Pertama Kali Tak Dapat Ziarah Pusara Arwah Abah" - Zulin Aziz Sambut Lebaran Secara Sederhana

ZULHILMI JALIL
26/05/2020
02:14 MYT
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz meluahkan rasa sedih apabila dia tidak dapat menziarahi pusara bapanya buat pertama kali pada kedatangan lebaran kali ini.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, sudah menjadi kelaziman buatnya sekeluarga untuk pulang ke Pantai Remis, Perak pada Aidilfitri bagi membersihkan kubur arwah bapanya.
"Raya kali ini memang agak berbeza sedikit. Memandangkan kita masih dalam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), jadi, tak dapatlah saya untuk pergi menziarahi pusara arwah abah.
"Itulah yang selalunya saya akan lakukan setiap kali raya. Bersihkan kubur. Cuma, tahun inilah pertama kali tak boleh berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Gempak.
Zulin kehilangan bapanya pada 20 Julai 2010 ketika dia menyertai program realiti Pilih Kasih yang menjadi titik tolak kepada kerjaya seninya pada hari ini.
Begitupun, menurut Zulin, kedatangan Syawal kali ini, dia dia tetap meraikan lebaran bersama keluarga tersayang di ibu kota.
"Kita ni memang dah tak boleh nak keluar rumah, jadi raya ini, kita kena sambut jugalah. Walaupun hari raya kita terpaksa sambut sendiri-sendiri di rumah, janganlah kita jadikan hari raya itu sendu.
"Walau tak semeriah seperti biasa, kita raikan juga. Bahkan, untuk raya tahun ini, saya juga buat kuih sepanjang PKPB di rumah. Buatlah cornflake madu, kuih susu, tat nanas, biskut oat, untuk sendiri makan dengan keluarga," ceritanya.
Saksikan program yang menampilkan Zulin Aziz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Ini Terpegun Lihat Pusara Farah Kartini Tak Putus-Putus Terima Ziarah - “Apa Amalan Arwah..”

gempak
22/07/2024
06:25 MYT
Seorang individu menzahirkan rasa terpegun apabila melihat pusara allahyarham Farah Kartini tidak henti-henti menerima ziarah orang ramai.
Berita

Ibu Rindu, Ziarah Pusara Farah Kartini

gempak
19/07/2024
07:41 MYT
Mengubat rindu yang mendalam terhadap Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang telah pergi, ibunya, Salmah Abdullah meluangkan masa menziarahi pusara graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pagi tadi.
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Viral

Bungkusan Kecil Berbalut Benang Dijumpai Atas Pusara Ayah Muhyiddin

gempak
18/06/2024
02:50 MYT
Bungkusan kecil yang diikat benang seakan-akan buhul sihir di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.
Berita

Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.