gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Shasha Abedul Sah Jadi Isteri Adam Dengan Sekali Lafaz - “Sebelum Akad Nikah Memang Rasa…”
HIBURAN
AC Mizal Ucap Terima Kasih Pada Ajai, Mohon Netizen Jangan Salah Faham - “Tiada Sakit Hati, Kami Masih Baik”
HIBURAN
Polis Siasat Motif Artis Legenda 'Serang' Shila Amzah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Pertandingan Formasi Tarian Istana Budaya 26 April Ini

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
06/04/2017
05:35 MYT
Sponsor Banner
Pertandingan Formasi Tarian Istana Budaya 26 April Ini
Istana Budaya buat julung kalinya bakal menganjurkan pertandingan formasi tarian, Malaysian Floor Pattern Sport Dance Competition selama tiga hari bermula 26 April ini.
Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Juhari Shaarani berkata pertandingan yang diinspirasikan daripada program antarabangsa 'World Championship Formation Standard' itu turut melibatkan pergerakan tarian tradisional joget dan zapin.
"Istana Budaya sentiasa mencari idea di luar kotak dan mahu menampilkan sesuatu yang lain dan unik serta memberi dimensi baharu terhadap pertandingan seni persembahan dan sukan," katanya.
Formasi tarian atau pola lantai adalah gerak tari yang dihasilkan atau diolah semula berdasarkan pergerakan dinamik, susunan lagu dan busana.
Juhari berkata penyertaan pertandingan terbuka dari peringkat kumpulan profesional dengan tawaran hadiah wang tunai berjumlah RM3,500 dan RM2,500 bagi kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti.
Setiap kumpulan perlu dianggotai 12 orang dan tarikh tutup penyertaan adalah pada Jumaat ini.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
#Istana Budaya
#Formasi Tarian
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement