Skip to main content

Pertandingan Teater Hikayat 2025 Kembali Lagi!

hikayat-article-page.png
Dunia persembahan seni kembali bersinar dengan penganjuran Pertandingan Teater Hikayat 2025, yang kini dibuka kepada semua sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar mengenali dan menghayati kisah-kisah hikayat melayu melalui medium teater persembahan.

Kategori Penyertaan

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori utama:
  • Sekolah Rendah: Tahun 4 hingga Tahun 6
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6

Tema: Kisah Hikayat

Peserta dikehendaki menghasilkan persembahan berdasarkan kisah-kisah hikayat yang kaya dengan nilai budaya dan pengajaran.

Cara Penyertaan

Setiap kumpulan perlu menghantar video persembahan berdurasi 1 minit ke pautan yang telah disediakan oleh pihak Astro. Video tersebut mestilah menampilkan kreativiti, ekspresi seni, dan pemahaman terhadap kisah hikayat yang dipilih. Sila klik terma dan syarat penyertaan di sini!

Peringkat Akhir

5 finalis bagi setiap kategori akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir yang akan berlangsung di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 20 September 2025.

 
 

Menghidupkan Warisan, Menyemai Kreativiti

Pertandingan ini juga merupakan salah satu medium untuk memperkenalkan dan mempromosikan francais "Hikayat" yang disiarkan setiap tahun di Astro Ceria, saluran 611. Francais ini telah menjadi platform penting dalam menghidupkan kembali cerita rakyat kepada generasi kanak-kanak Malaysia.
Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk pelajar menunjukkan bakat, tetapi juga sebagai usaha memperkukuh jati diri dan kecintaan terhadap warisan budaya. Ia juga membuka ruang kepada guru dan sekolah untuk meneroka pendekatan pengajaran yang lebih kreatif dan berkesan.

Jangan lepaskan peluang ini! Sertai Pertandingan Teater Hikayat 2025 dan jadilah sebahagian daripada generasi yang menghidupkan semula kisah-kisah agung Nusantara.


Hantar video anda sekarang ke pautan yang disediakan di bawah:

https://forms.office.com/r/DYc0Nz2Fc4




 

Advertisement

Must-Watch Video