Satu lagi filem yang diinspirasikan permainan video bakal muncul di pawagam rumah anda bermula esok.

Filem Monster Hunter lakonan hebat Milla Jovovich dan Tony Jaa ini menjadi antara filem yang sangat dinantikan-nantikan peminat tahun ini.

Bakal ditayangkan di Astro Best, penonton pastinya antara yang bertuah kerana dapat menonton lebih awal!

Secara ringkasnya, Monster Hunter menceritakan sekumpulan pasukan khas yang secara tiba-tiba masuk ke sebuah dunia baru.

Tanpa disedari, dunia tersebut sebenarnya dihuni pelbagai raksasa mengerikan.

Persoalannya, mampu mereka teruskan kehidupan? adakah mereka berani bertempur dengan raksasa ganas?

Anda kenalah tonton sendiri bermula esok secara eksklusif di Astro Best.

Sekadar info, Monster Hunter merupakan game yang dihasilkan untuk PlayStation 2.

Permainan ini dicipta dan dikeluarkan oleh Capcom pada tahun 2004.