GEGAR VAGANZA 7

Pertempuran Sebenar Bermula! Ini Senarai Lagu Bertemakan ‘Sama Naik’ Minggu Kedua GV7

Fiza Kamarudin 18/10/2020 | 03:29 MYT
Selepas sesi ‘memanaskan badan’ pada minggu pertama Gegar Vaganza 7 (GV7), pertempuran sebenar para bintang bakal bermula malam ini.
Minggu kedua GV7 menyaksikan 14 bintang iaitu Mus, Noraniza Idris, Yantzen, Ayu Damit, Rozita Izlyn, Haslienda, Linda Nanuwil, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) Nomad, Indigo dan Eva berentap dengan menyanyikan lagu-lagu popular era masing-masing.
Bertemakan ‘Sama Naik’ ini lagu-lagu yang akan dinyanyikan bintang GV7 malam nanti:
Bagaimanapun pada malam ini, kelainan pasti terasa kerana dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal ‘kosong’ tanpa kehadiran para peminat.
Sedikit sebanyak mungkin akan mempengaruhi semangat para bintang kerana dewan akan ‘sunyi’ tanpa sorakan dan sokongan peminat, namun demi keharmonian bersama kita perlu akur arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP.
Apa pun, good luck bintang GV7! Ada penonton atau tidak, kalian pasti mampu mengatasinya! Anggaplah situasi semasa ini sebagai cabaran dalam GV7.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
#GegarVaganza #GV7 #Sama Naik Minggu 2