Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pertemuan Indah Lara & Aiman Bertukar Jadi Mimpi Ngeri, Siapa Yang Bercakap Benar?

Asyikin Mayudin
30/03/2023 13:50 MYT
Drama adaptasi siri thriller British pencalonan BAFTA iaitu Liar sudah mula ditayangkan di platform On Demand atau Astro Go bermula 25 Mac lalu.

Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.

Untuk episod pertama sudah memberi gambaran mengenai jalan cerita yang menarik mengenai karakter Lara Sulaiman iaitu lakonan Tiz Zaqyah dan Aiman (lakonan Tony Eusoff).

Malah watak yang dipegang Ezzaty Abdullah iaitu kakak kepada Lara turut menjadi perhatian kerana karakternya di luar jangkaan.

Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu.

Pertemuan dengan pakar bedah Aiman mengubah kehidupan Lara.

Bila pertemuan indah berubah menjadi tuduhan rogol menimbulkan pelbagai persoalan.

Namun Aiman mendakwa dia tak bersalah manakala Lara pula melancarkan serangan dalam talian terhadap Aiman. Siapa yang menipu?

Naskhah itu juga mendapat sentuhan pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Saksi drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula pukul 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go.

Manakala, Liar juga akan mula ditayangkan di Astro Ria pada 3 April depan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial, Instagram, TikTok, Twitter, Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak untuk maklumat lanjut.

#Tony Eusoff #Ezzaty Abdullah #Tiz Zaqyah #Aiman #Lara #Liar #Drama Liar
;