HIBURAN
Pertemuan Penuh Tangisan, Norman Hakim Bawa Marrisa Dania Bersekemuka Dengan Abby Abadi - “Saya Banyak Khilaf & Kelemahan”
Konflik antara pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya iaitu Norman Hakim dan anak mereka, Marissa Dania seperti sudah temui titik noktah selepas aktor itu datang bersekemuka untuk memohan maaf.
Norman bersama anak perempuannya itu datang bertemu dengan Abby ketika aktres itu sedang membuat siaran langsung (live) di TikTok.
Menerusi pertemuan itu, Norman mengakui dia banyak kelemahan dan kekhilafan sepanjang perkahwinannya dengan Abby dan memohon maaf kepada bekas isterinya itu.
“Saya tak ada Thread, jadi saya pun tak tahu macam mana. Saya tengok memang sedih, cuma saya tahu… saya doa pada Allah, saya kata ‘Ya Allah takkan tak ada satu sikit kebaikan saya pada awak dulu kan.
“Tapi saya tahu saya banyak khilaf dan banyak kelemahan. Saya belajar benda itu semua. Yang penting, anak-anak semua apa jadi sekali pun, saya dah cakap ‘ibu, ibu, ibu lepas itu baru ayah’,” katanya.
Abby yang hanya mendiamkan diri kelihatan tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Marissa sambil menangis.
Manakala Norman pula salam dan cium dahi suami kepada Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria sambil memohon maaf kepada lelaki itu.
Dalam pada itu, Marissa turut memohon maaf kepada ibunya namun pada awalnya Abby kelihatan sukar untuk menerima kemaafan itu.