Perth Lockdown, Bapa Bimbang Keadaan Zahirah Macwilson
Syafiqah Jalal
02/02/2021 01:25 MYT
02/02/2021 01:25 MYT
Pelakon veteran Zainol Macwilson meluahkan rasa bimbang terhadap anak perempuannya Zahirah selepas Perth, Australia melaksanakan perintah sekatan atau lockdown sejak beberapa hari lalu.
Zainol menerusi ucapan sempena ulang tahun kelahiran anaknya itu berharap Zahirah dan keluarga yang berada di Perth sejak tahun lalu dilindungi dari perkara yang tidak diingini.
“Sebenarnya saya sudah beri ucapan ulang tahun kepada anak saya malam tadi, tapi saya fikir hendak buat kali kedua ucapan khas untuk awak kak (Zahirah).
“Setiap kali saya cuba untuk tentukan makna kecantikan, kamu yang berada di minda dan setiap kali kamu melangkah usia baru maknanya menjadi lebih indah. Harap kamu sentiasa gembira di hari jadi kamu.
“Ini adalah hari jadi pertama kamu selepas menjadi isteri dan ibu.
“Sentiasa berjaga-jaga memandangkan Perth sedang lockdown. Sentiasa berwaspada dengan apa yang berlaku di sekeliling kamu.
“Saya sayangkan kamu sangat dan orang baru dalam keluarga kita. Maaf kak, saya tidak dapat beri kamu apa-apa selain kasih sayang yang tulus dari seorang bapa,” katanya.
Zainol yang kini berada di Malaysia meluahkan perkata tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto bersama anaknya.
Zahirah melahirkan melahirkan bayi sulungnya di Perth pada awal Januari lalu. Zahirah ditemani suaminya, Aiman Hakim Ridza di sana sejak tahun lalu.
Perth melaksanakan perintah sekatan selama lima hari selepas pengawal keselamatan di sebuah hotel kuarantin disahkan positif virus COVID-19 sejak Ahad lalu.