Laman Utama

"Perut Kiri Sakit, Badan Lemah Sampai Gelap ..." - DJ Lin Serah Diri Ke Hospital

gempak
Amri Hassan
04/11/2022
10:50 MYT
Sponsor Banner
"Perut Kiri Sakit, Badan Lemah Sampai Gelap ..." - DJ Lin Serah Diri Ke Hospital
Penyampai radio popular DJ Lin akhirnya menyerah diri ke sebuah pusat perubatan di ibu kota untuk menerima rawatan selepas menanggung sakit di bahagian perut.
Kongsi DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, badannya juga rasa lemah dan hampir pitam ketika menjayakan sebuah acara stesen itu semalam.
"Saya rasa sakit pada sebelah kiri perut. Badan terasa sangat lemah sampai berapa kali nak gelap mata.
"Lepas selesai ground event Suria FM semalam, saya terus serah diri kt KPJ Damansara Specialist utk pemeriksaan lanjut. Masih ada beberapa ujian yang perlu dibuat untuk kenalpasti termasuk ulstrasound dan ct-scan," katanya.
DJ Lin dimasukkan ke wad sejak semalam dan dijangka akan menerima rawatan serta pemantauan sehingga Ahad ini.
Dalam pada itu, penyampai segemen Suria Cinta berkenaan melahirkan rasa terharu apabila dihujani ucapan dan doa daripada peminat sebaik mengetahui dia ditahan di hospital.
Katanya, pelbagai hadiah turut dihantar oleh rakan dan peminat kepadanya.
"Terima kasih atas kasih sayang anda semua dan saya sangat menghargainya. Begitu juga jururawat di sini yang menjaga saya serta mengakui pendengar dan peminat DJ Lin.
" Doakan saya lekas sembuh dan dipermudah segala urusan dan hanya Allah dapat balas jasa baik semua," katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live