Permainan popular berkonsepkan 'battle royal' PUBG bakal menerima persaingan sengit apabila Call of Duty: Mobile bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Pembangun permainan tersebut, Activision dan Tencent menerusi satu kenyataannya mengesahkan Call of Duty: Mobile akan dilancarkan 1 Oktober ini.

Permainan tersebut akan dikeluarkan pada kedua-dua platform utama termasuk Google Play dan Apple Apps Store.

Difahamkan, semua negara bakal menikmati permainan paling dinanti-nantikan ini kecuali China, Vietnam dan Belgium.

Menerusi maklumat yang didedahkan Call of Duty: Mobile dikatakan mampu menampung kapasiti sehingga 100 pemain yang bertarung dalam peta yang direka khas untuk permainan mudah alih.

Anda boleh bermain secara solo, berdua atau berpasukan.

Anda boleh lihat sampel grafik Call of Duty: Mobile di bawah dan bandingkan ia dengan permaianan PUBG. Mana satu pilihan anda?