Berita

Pesakit Kanser Tulang Jumpa Awi Rafael Meninggal Dunia

gempak
Fiza Kamarudin
23/04/2019
03:40 MYT
Sponsor Banner
Pesakit Kanser Tulang Jumpa Awi Rafael Meninggal Dunia
Pada awal April lalu, penyanyi Awi Rafael sempat meluangkan masa melawat pesakit barah tulang. Mohd Shafuan Norazhar, 20, di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Bagaimanapun Mohd Shafuan yang disahkan menghidap barah tulang awal Januari tahun lalu, disahkan meninggal dunia di Wad Onkologi dan Radioterapi Hospital Kuala Lumpur (HKL), 8.47 malam tadi (Isnin).
Merasai kehilangan Mohd Shafuan, Awi Rafael turut berkongsi rasa duka di laman sosial Instagram (IG)nya pagi tadi.
Sementara itu menerusi laporan Harian Metro, Allahyarham yang juga anak kedua daripada tiga beradik menghembuskan nafas terakhir di sisi ayahnya, Norazhar Hussin, 48, ibu, Salmie Shafie, 48, ahli keluarga dan rakannya.
Norazhar berkata, dia reda dengan pemergian Mohd Shafuan dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya selain memberi sokongan moral serta bantuan wang ringgit.
“Keadaannya agak kritikal selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi malam tadi dan semakin membimbangkan apabila berlaku pendarahan di bahagian ketumbuhan.
Petang tadi sempat visit Adik Shafuan di HKL bersama ayahnya. Shafuan menghidap penyakit kanser tulang, Ibunya pula juga terlantar sakit akibat stroke sejak dua tahun lalu. - Ayahnya terpaksa tidak berkerja utk menjaga Safuan sepenuhnya di Hospital & Abgnya pula harus berkerja di Jelebu, Negeri Sembilan sambil jaga ibu & adik. Bayangkan keadaan keluarga & bil2 yg perlu dibayar? - Kita pasti dapat menolong keluarga Adik Shafuan, boleh contact Abgnya (Nazar) dari link di Instastory. ???? . Banyak yg Awi sempat bual dgn Shafuan, he’s a strong kid with a good heart. Terharu tgk semangatnya utk capai impiannya.. He is only 20 years old ??? - Life is unfair boy.. but these moments will pass. Amin. ?? (Please share his story) #cancer #bonecancer #childrencancer #malaysia #positivevibes #faith @nationalcancersocietymy @maknacancer
A post shared by Awi Rafael (@awirafael) on
Awi ketika melawat Mohd Shafuan pada awal bulan lalu
“Doktor sudah melakukan yang terbaik, namun Allah S.W.T lebih menyayanginya. Sebagai bapa, saya sedih tetapi reda dengan pemergiannya.
“Selepas semuanya selesai, jenazah anak saya akan dibawa ke kampung halaman kami di Jelebu, Negeri Sembilan untuk dikebumikan,” katanya.
Penyakit itu memaksa Mohd Shafuan menjalani rawatan kemoterapi pada Julai hingga November tahun lalu dan ia berhasil apabila saiz ketumbuhan yang ada semakin mengecil.
Namun, ketumbuhan itu kembali membesar pada Januari tahun ini menyebabkan Mohd Shafuan dimasukkan semula ke HKL bagi menjalani rawatan sesi kemoterapi pusingan kedua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024