Berita

Pesan Ashanty Kepada Anak Krisdayanti, Jangan Cari Lelaki Kaya! Tapi Kenapa....?

gempak
Syafiqah Jalal
05/02/2018
10:22 MYT
Sponsor Banner
Pesan Ashanty Kepada Anak Krisdayanti, Jangan Cari Lelaki Kaya! Tapi Kenapa....?
Meskipun merestui hubungan cinta anak tirinya, Aurel Hermansyah dengan jejaka yang dikenali sebagai Rabbani Zaki, namun penyanyi Ashanty akui selalu memberi nasihat apa yang terbaik.
Antara pesanan Ashanty adalah supaya anak kepada penyanyi diva Indonesia, Krisdayanti itu mencari lelaki yang berusaha memajukan diri bukan hanya kaya semata-mata.
"Rabbani baik, seorang yang bekerja keras dan tidak suka membuat perkara yang sia-sia.
"Lagipun saya suka berpesan kepada Aurel, agar mencari lelaki yang bukan dari anak orang kaya.
"Sebaliknya, carilah lelaki yang boleh bekerja. Kalau cari lelaki yang sudah kaya, kadang-kadang mereka sudah biasa senang," kata isteri Anang Hermansyah.
Bagaimanapun Ashanty tidak menghalang apa pun pilihan dan keputusan anak tirinya itu.
Malah, dia gembira dan sentiasa mendoakan hubungan Aurel dan Rabbani berkekalan.
Aurel atau nama sebenarnya, Titania Aurelie Hermansyah, 19, merupakan anak sulung hasil perkahwinan Anang dan Krisdayanti.
Anang bercerai dengan Krisdayanti pada tahun 2009 selepas 13 tahun menjalani kehidupan bersama. Kemudian dia berkahwin dengan Ashanty pada tahun 2012.
Sumber: DetikHot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live