Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pesanan Da’i Syed Dekat Mangsa R*gol Kembali Tular, Netizen Anggap Mesej Disampaikan Tak Sensitif - “Gila Betul…”

Firdaus
01/09/2024 04:03 MYT
Nama pendakwah selebriti, Da’i Syed menjadi ‘buah mulut’ ramai pihak selepas dirinya disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun atas kesalahan merogol.

Terbaharu, satu video lama sewaktu Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail kembali hadir sebagai tetamu bagi sesi podcast bersama pempengaruh dan penyanyi, Caprice kembali tular di media sosial.

Menerusi entri itu, pasangan suami isteri berkenaan diminta untuk menyampaikan pesanan buat mangsa yang difahamkan mengalami kemurungan akibat dirogol.

Menurut Hana, dia memaklumkan seseorang itu perlu cuba memaafkan diri mereka sendiri dan berpendapat bahawa tidak semua perkara perlu diceritakan kepada orang ramai.

“Saya nak bagitahu dengan dia yang kita semua melalui ujian. Saya bersimpati dengan apa yang telah berlaku kepadanya.

“Cuma saya nak dia faham bahawa tak semua benda dalam dunia kita perlu bagitahu kepada semua orang.

“Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah berdamai dengan diri sendiri, maafkan diri sendiri terlebih dahulu dan terima kelemahan serta kelebihan diri,” ujarnya.

Bagaimanapun, apa yang meraih perhatian segelintir netizen adalah mesej Da’i Syed yang meminta mangsa untuk menghadapi hidup dengan tenang.

“Saya mohon maaf kalau saya melakukan kesalahan kepada dia.

“Hadapilah hidup ini dengan tenang sebab kita tak tahu kita masuk syurga atau neraka. Jadikan dunia ini sebagai syurga,” katanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pesanan berkenaan membuatkan ramai berasa kurang puas hati dan menganggap pendakwah selebriti tersebut tidak sensitif dengan keadaan wanita itu.



Sekadar info, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
#Netizen #Jenayah #Rogol #Kecam #Da'i Syed
;