,
Viral

Pesara Tentera Bina Surau Guna 13,000 Bongkah Batu Sungai

Fiza Kamarudin
12/08/2019
13:32 MYT
Seorang pesara pegawai tentera sanggup memerah keringat membina sebuah surau dengan menggunakan batu sungai demi menyediakan kemudahan ruang solat untuk pekebun dan penoreh getah di Bukit Kachi, Sintok, Kedah.
Mejar (B) Mustapa Musa, 58, memulakan pembinaan surau itu sejak April tahun lalu, dibantu oleh seorang kenalannya yang membantunya mengutip batu-batu dari sebatang sungai terletak kira-kira 50 meter dari tapak surau dan menyusunnya menjadi dinding. Katanya, surau itu yang diberi nama Surau Batu Sungai Bukit Kachi, dibina dengan keluasan 7.6 meter lebar dan 10.6 meter panjang atas tanahnya sendiri dalam kawasan kebun getah, di sini.
“Bukan sebarang orang boleh buat surau ini kerana perlu mengutip jumlah batu yang banyak, namun semua perasaan itu hilang apabila ada yang datang bersolat di sini dan rasa sangat bersyukur kerana proses pembinaannya berjalan lancar,” katanya. Mustapa berkata, kira-kira 13,000 bongkah batu digunakan untuk membina surau itu yang turut dilengkapi dengan sebuah bilik air dan dewan terbuka untuk kegunaan orang ramai yang datang berkunjung ke kawasan itu.
Selain itu, beliau turut membelanjakan kira-kira RM30,000 untuk peralatan dan bahan binaan lain untuk surau itu yang kini hampir siap sepenuhnya serta sudah boleh digunakan. Mustapa mengakui pembinaannya sedikit rumit, namun beliau bertekad menyiapkan demi memenuhi impian memiliki surau sendiri selain bercadang menginfakkannya untuk kedua orang tuanya.
“Surau ini adalah sebagai satu cara berdakwah walaupun ia terletak di dalam kawasan kebun getah, saya mahu kelainan supaya orang tertarik untuk singgah menunaikan solat, kerana mereka yang pernah datang bersolat di sini mengatakan suasana di dalamnya sejuk dan menenangkan,” katanya. Beliau turut bersyukur apabila kemudahan elektrik dan air akan dibekalkan oleh pihak berkaitan sekali gus memastikan surau itu dapat digunakan dengan selesa terutama pada waktu malam.
Surau yang dibina di atas tanah hampir satu hektar itu mampu memuatkan hampir 85 orang jemaah pada satu-satu masa.
Sumber/Foto:Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.