Pesawat Ringan Terhempas Di Elmina Shah Alam, Ada Mangsa Dikhuatiri Maut?
Izwan Isa
17/08/2023 08:09 MYT
17/08/2023 08:09 MYT
Kecoh di media sosial apabila sebuah pesawat ringan dipercayai terhempas di laluan di Elmina Cemtral Park, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor pada Khamis.
Menerusi beberapa video yang dikongsikan di laman sosial, bangkai pesawat berkenaan dilihat terbakar dengan api marak.
Selain itu, kepulan asap tebal berwarna hitam juga kelihatan daripada bangkai pesawat yang terbakar.
Akibat daripada tragedi itu, laluan ke bandar tersebut dari Subang Bestari telah ditutup kepada semua kenderaan.
Dan difahamkan juga, ada yang mendakwa juruterbang maut dan seorang penhantar makanan.
Menurut Sinar Harian, pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Langkawi, Kedah ke Subang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu. Satu sidang media juga akan dibuat di lokasi kejadian mengenai insiden terbabit.
Sumber: Sinar Harian