Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Peserta Bukan Punching Bag” - Tok Ram Jawab Isu Pemilihan Lagu Untuk Separuh Akhir GV8

Izwan Isa 15/01/2022 | 08:50 MYT
Minggu ini bakal menyaksikan para peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) beraksi di pentas separuh akhir bagi merebut tempat di pentas final.
Berbanding minggu-minggu sebelum ini, peserta diberi tugasan untuk menyampai dua buah lagu secara medley yang dipilih oleh juri-juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz.
Mungkin ada yang bertanya, apakah relevansi pemilihan lagu-lagu yang mungkin dilihat berlain genre untuk para peserta GV8? Datuk Ramli MS ada jawapannya:
“Selalunya, peserta memilih lagu mereka sendiri atau diberi oleh produksi. Ketika mereka menyampaikan lagu pada minggu-minggu sebelum, kami menilai bagaimana mereka sampaikan lagu tersebut, tidak kira sama ada lagu berkenaan mudah atau ‘makanan’ mereka.
“Jadi, untuk separuh akhir, kami diminta untuk monitor dan membuat pilihan lagu-lagu buat para peserta. Pilihan lagu dilakukan mengikut kebolehan mereka dan juga lagu-lagu yang ada dalam senarai pilihan awal artis,” katanya kepada Gempak.
Mengulas lanjut, Ramli yang lebih mesra disapa Tok Ram berkata, pemilihan lagu adalah bersebab dan bukan kerana mahu ‘menyiksa’ peserta yang terlibat.
“Pelbagai andaian dan spekulasi keluar menerusi lagu yang diberikan. Namun, mereka tidak tahu langsung tentang produksi. Kalau nak tengok dari segi ‘torturing’, bagi saya, mereka bukan punching bag.
“Mereka merupakan kawan-kawan saya, adik-adik saya. Untuk yang tak tahu tentang pemilihan lagu, kenapa dia nyanyi lagu lelaki, kenapa dia nyanyi lagu perempuan, just diam sahaja lebih baik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Tok Ram turut berkongsi yang dia dan juri lain tidak mengetahui berapa ramaikah peserta yang bakal mara ke peringkat akhir GV8.
“Hal itu adalah hak produksi. Mungkin mereka letak 8,7,6 atau 5 perserta? Saya tidak tahu,” tutup Tok Ram.
Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Kesembilan - Separuh Akhir
1. Suki Low - Khayalan (Black Dog Bone) & Tanpa Kekasihku (Agnez Mo)
2. Nikki Palikat - Puncak Kasih (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
3. Aweera - Kerja Gila (Amy) & Fantasia Bulan Madu (Search)
4. Aliff Aziz - Lay Me Down (Sam Smith) & Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
5. Adibah Noor - Night Fever (Bee Gees) & Sumpah (Naim Daniel)
6. Azan Scan - Permaidani (Aris Ariwatan) & Enigma (Wings)
7. Ani Maiyuni - Let's Get Loud (Jennifer Lopez) & Sumpah (Aina Abdul)
8. Shidee - Sedetik Lebih (Anuar Zain) & Kerna Dia (Yasin Sulaiman)
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
#Tok Ram #GV8 #Gegar Vaganza 8
;