Laman Utama
Peserta Ironman & Pengasas Kiddocare Meninggal Dunia, Nurul Zahid Titip Takziah…
Peserta wanita kejohanan triathlon, Ironman Langkawi Malaysia, Muhaini Mahmud, 44, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Maliha (HSM) petang semalam.
Terdahulu, Allahyarhamah yang juga Pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd dikejarkan ke HSM selepas hampir lemas ketika disiplin renang pagi semalam.
Allahyarhamah yang lebih dikenali sebagai Mui berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Berita kematian Muhaini dikongsi rakannya juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurulhidayah di laman Instagram beliau.
"Innalillahiwainailaihirajiun. See you when I see you Mui. I lost one good friend who never fail to wish me Happy Birthday every year and my birthday is just in two weeks!
"Kan we promised to makan-makan to celebrate 45 years of our 'HOT' achievements.
"Allah lebih sayangkan you Mui. Semoga you rehat dengan tenang di taman-taman syurga, our beloved Mui," tulisnya.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari ketika dihubungi turut mengesahkan Allahyarhamah meninggal dunia di HSM petang ini.
Must-Watch Video