Berita

Peserta Loteri Pengsan Di Kaca TV Lepas Diumum Menang RM4.59 Juta

Maliah Surip
05/01/2024
15:55 MYT
Seorang wanita pengsan selepas diumumkan sebagai pemenang loteri Powerball First Millionaire of the Year Drawing yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Pamela Brandshow pengsan selepas diumumkan sebagai pemenang utama permainan loteri tersebut oleh hos terkenal Ryan Seacrest pada malam tahun baharu 2024. Wanita itu memenangi sebanyak RM4.59 juta ($1 juta) sebagai ganjaran loteri tersebut.

BERITA TRENDING: Lelaki Stress Menang Loteri RM14 Juta, Duit Belum Dapat, Orang Cari Minta Pertolongan

“Tahniah anda sekarang seorang jutawan,” umum Seacrest sebelum Brandshow pengsan dan bangun lalu mencium hos tersebut.Insiden tersebut disaksikan penonton dan menjadi viral di media sosial, lapor US Magazine.
Sementara itu Bradshow yang menemui tuah selepas mencuba buat kali kedua dalam permainan tersebut telah diterbangkan dengan kelas VIP dari tempat asalnya, Carolina Utara ke New York.

BERITA TRENDING: Akibat Promosi, Menganjur ‘Scam Loteri’, Kim Kardashain & Scott Disick Bakal Disaman RM181 Juta?

Dia menjadi salah seorang daripada lima peserta dari seluruh negara untuk memenangi RM4.59 juta tersebut
“Saya menangis apabila dapat menaiki kapal terbang kerana ia pengalaman pertama (menaiki kapal terbang). Saya dapat ke New York dan ini pengalaman yang sangat menakjubkan,” katanya.
Bradshow merancang mahu membeli rumah dan membuat dia berasa selamat dengan duit kemenangan itu.
Topic Berkaitan
Viral

Doktor Kerja Sampai Pengsan, Titip Nota Mohon Maaf - “Kami Juga Manusia..”

gempak
16/05/2024
03:55 MYT
Sebuah hantaran yang memaparkan gambar papan putih dipercayai berasal daripada sebuah hospital tular baru-baru ini.
Laman Utama

#MEGASPONTAN: Tak Makan, Perut Kosong, Terlalu Fokus Persembahan & Rasa Gementar Punca Mamat Pengsan

gempak
19/05/2023
22:59 MYT
Mamat pengsan rupanya, patut tak nampak.
Laman Utama

"Dia Pengsan Tiga Kali Bermula..."- Ditidurkan Selepas 2 Hari Keluar Hospital, Isteri Ibnor Riza Cerita Detik Cemas

gempak
20/02/2023
02:48 MYT
Ditidurkan Selepas 2 Hari Keluar Hospital, Isteri Ibnor Riza Cerita Detik Cemas
Artis Korea

Diancam Bom, 30 Orang Pengsan, Konsert NCT 127 Di Indonesia Dihentikan

gempak
05/11/2022
04:55 MYT
Kali ini 30 orang penonton yang hadir untuk bergembira di konsert NCT 127 yang berlangsung di ICE BSD Serpong, Tangerang Selatan, pengsan
Laman Utama

"Penonton Tak Terkawal, Merusuh" - Pengunjung Malaysia Kongsi Situasi Cemas Festival Berdendang Bergoyang Di Indonesia

gempak
30/10/2022
05:25 MYT
Ini cerita dari warga Malaysia yang sempat hadir ke Berdendang Bergoyang!