Peserta Miss Universe Diminta Bergambar Bogel, Ada Dimarah Sebab Tutup Payudara Dengan Tangan
Maliah Surip
09/08/2023 01:55 MYT
09/08/2023 01:55 MYT
Dunia pertandingan kecantikan terutama Miss Universe Indonesia 2023 sedang menjadi tumpuan pemberitaan republik tersebut kerana beberapa skandal yang mula dibongkar oleh para pesertanya.
Ia antaranya mengenai barisan finalis pencarian wanita cantik dan pintar tersebut dipaksa berbogel untuk dirakamkan lensa kamera sebagai proses body checking.
Selain daripada itu, ada yang mendakwa turut berdepan gangguan seksual dan diherdik kerana tidak mahu menuruti permintaan yang disifatkan tidak masuk akal untuk dilakukan dalam pertandingan tersebut.
Skandal tersebut memicu kepada tindakan salah seorang peserta yang dikenali sebagai PJ melaporkannya kepada pihak polis.
PJ mendakwa telah diminta berbogel untuk melakukan body checking di hadapan umum termasuk lelaki.
“Saya salah seorang finalis awal yang melakukan body checking. Saya masuk ke sebuah ruangan, buka baju tetapi masih memakai coli.
“Namun saya diminta membuka coli. Walaupun terkejut, saya tetap mengikut arahan mereka untuk membuka bra.
“Tapi sebab saya malu kerana ada juga lelaki di ruangan itu, saya menutup payudara dengan tangan,” kata PJ yang mengatakan masih memakai seluar dalam saat itu seperti dilaporkan Kompas.
Wanita itu mendakwa dia dimarahi kerana menutup payudaranya dengan tangan.
“Saya dimarahi kerana menutup payudara dengan tangan. Mereka kata saya tidak bangga dengan tubuh badan sendiri dan bertanya ‘bagaimana saya mahu dihantar ke pertandingan bersifat internasional yang mungkin memerlukan saya berbogel’,” dedahnya lagi.
Namun katanya dia bernasib baik kerana tidak melalui proses dirakamkan gambar dalam keadaan bogel seperti beberapa finalis yang lain.
Kejadian kurang bermoral dan masih dalam siasatan itu berlaku beberapa hari sebelum pusingan akhir berlangsung pada awal Ogos.