Viral
Pesiden Indonesia Tegur, Netizen Bongkar Identiti Sebenar Gus Miftah
Sikap kurang sopan yang dipamerkan penceramah bebas Gus Miftah saat menghina dan menggelar seorang penjual minuman bodoh dalam sebuah majlis keagamaan di Magelang, Indonesia baru-baru ini masih hangat diperkatakan.
BERITA TRENDING: Tular Hina Pakcik Jual Teh Di Majlis Ilmu, Jom Kenali Siapakah Pendakwah Gus Miftah
Meski sudah melakukan pertemuan dan meminta maaf kepada penjual teh tersebut, ramai yang masih tidak senang dengan sikap Gus Miftah yang dianggap tidak mencerminkan pekerjaannya sebagai seorang penceramah atau pendakwah bebas serta Utusan Khusus Presiden Bidang Kerukunan Beragama dan Pembinaan Sarana Keagamaan republik tersebut.BERITA TRENDING: Gus Miftah Jumpa Penjual Teh Yang Digelar B*doh: “Walau Bergurau, Saya Minta Maaf”
BERITA TRENDING: Penjual Minuman Yang Dihina Bo*oh Oleh Gus Miftah Dapat Tajaan Umrah
BERITA TRENDING: Penceramah Bebas Biadab, Malukan & Gelar Penjual Minuman Di Majlis Agama Bo*oh
Gus Miftah juga telah menerima teguran daripada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Media tempatan melaporkan Prabowo kesal dengan sikap Gus Miftah kerana beliau merupakan seorang yang sangat menghormati dan menjunjung tinggi adab terhadap siapapun.
"Prabowo pernah berpidato yang menyatakan bahawa beliau sangat menghormati para pedagang kaki lima, para petani, para nelayan, semua orang yang bekerja keras keluar dari rumah mereka, memeras keringat, yang mencari rezeki yang halal untuk keperluan keluarga mereka," ujar Kepala Kantor Komunikasi Kepresidenan, Hasan Nasbi seperti dilaporkan Kompas.
Selain menerima teguran Prabowo, sikap biadab Gus Miftah turut menerima bantahan daripada masyarakat.
Malah netizen tempatan mula membongkar identiti dan latar belakang kehidupan Gus Miftah.
Antara yang menjadi tular adalah dakwaan beberapa pengguna media sosial yang mendedahkan nama Gus Miftah bukan nama sebenar, latar belakang keluarga serta taraf pendidikan lelaki tersebut.
Nama sebenar Gus Miftah didakwa Taim. Nama Gus Miftah digunakan selepas dirinya popular.
Dia juga didakwa bukan anak seorang agamawan. Bapanya melakukan pelbagai kerja untuk menampung keluarga. Gus Miftah juga didakwa pernah menjadi siak di sebuah masjid namun tidak pernah lulus kuliah.
“Pak Miftah ini nama asal adalah Taim. Ayahnya berasal dari Lampung. Taim sendiri sempat menjadi siak masjid di Yogyakarta sambil berkuliah. Namun sayangnya tidak lulus atau menyelesaikan kuliah,” tulis seorang pengguna sosial seperti dilaporkan Suara.com.
Sehingga artikel ini ditulis, netizen juga merancang melancarkan petisyen agar GUS Miftah dipecat daripada menyandang jawatan Utusan Khas Presiden.