Laman Utama

Pesta Movie! Rompak, 35MM & Tiga Janda Melawan Dunia Bakal Ditayangkan Secara Eksklusif Di Astro First!

Hanafis Haris
21/06/2022
03:54 MYT

Bulan Jun ini boleh diibaratkan sebagai ‘pesta’ buat peminat filem apabila banyak karya hebat bakal ditayangkan.

Siapa sangka, bulan Jun ini saja ada tiga filem hebat yang bakal dipaparkan terus ke ‘pawagam rumah anda’.

Berikut merupakan filem-filem berkenaan.

#1 Rompak

Berkisarkan tentang Ashraf lakonan Zizan Razak yang bakal melangsungkan perkahwinan tetapi telah mempertaruhkan semua wang simpanannya dalam satu skim pelaburan cepat kaya.

Tanpa menyedari ianya adalah skim penipuan.

Setelah menyedari dia ditipu, Ashraf mula mencari ketua sindiket 'scam' tersebut iaitu Farouk lakonan Tony Eusoff.

Pada masa sama, dia turut berkenalan dengan beberapa mangsa scam yang lain seperti Daniel lakonan MK, Sarah lakonan Ezlynn dan Pakcik Kassim lakonan Azhar Sulaiman.

Filem ini telah pun ditayangkan di Astro First. Jangan lupa tonton!

#2 35mm

Filem terbaru YouTuber popular Syahmi Sazli, 35mm mengisahkan tentang tiga sahabat iaitu Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik.

Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun dan pemerintahan British.

Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri.

Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya.

Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekali pun.

Filem ini telah pun ditayangkan eksklusif bermula hari ini di Astro First.

#3 Tiga Janda Melawan Dunia

Filem ini mengisahkan tiga janda, Midah, Rohayu dan Ani yang tinggal di sebuah kampung dan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini.

Apabila Aiman mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir untuk peminatnya, ketiga-tiga janda ini berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert.

Pelbagai usaha mereka lakukan namun masih belum berjaya.

Setelah mendapat inspirasi daripada seorang peniaga di kampung, akhirnya mereka menghasilkan perisa vape dengan bantuan seorang pembantu makmal.

Perisa yang mereka hasilkan mendapat sambutan hangat namun malangnya perisa Vape mereka ini mendapat perhatian pengedar dadah.

Ini kerana perisa vape mereka boleh menghentikan ketagihan dadah. Di dalam kegirangan mereka untuk ke konsert tanpa mereka sedari kini mereka diburu!

Filem ini bakal ditayangkan pada 30 Jun ini di Astro First. Jangan lupa untuk tonton!

Anda boleh sewa and strim filem-filem ini di Astro First (Saluran 480) dan On Demand Store menerusi Ultra Box atau aplikasi Astro GO. Maklumat lanjut di content.astro.com.my/astro-first

Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

gempak
17/07/2024
02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.
Viral

Dua Pasangan Suami Isteri Didakwa Simpan Harta Curi Milik Kieda Crepe

gempak
19/06/2024
12:49 MYT
Dua pasangan suami isteri termasuk dua beradik didakwa secara bersama di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menyimpan harta rompakan iaitu barang kemas seberat 247.65 gram milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe', April Lepas.
Hiburan

Pasca Dirompak, Kak KM Hidup Dalam Ketakutan & Tak Tidur Lena - "Kita Berniaga, Bukan Saja-Saja Nak Tunjuk Barang Kemas"

gempak
11/06/2024
07:57 MYT
Pasca kediaman dipecah masuk perompak pada awal Mac lalu, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih popular disapa Kak KM akui hidup dalam ketakutan.
Viral

Kieda Crepe Dakwa Suspek Rompak Orang Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM - “Makna Kata Dalam Depa Duk Bicara Kes, Masih Lagi Bergiat Aktif”

gempak
08/06/2024
00:48 MYT
Usahawan makanan dan juga pempengaruh media sosial, Kieda Crepe melahirkan rasa syukur apabila suspek kes pecah rumahnya berjaya diberkas oleh pihak polis.
Viral

Tulisan Khat 'Dicuri' Buat Corak Tudung, Penulis Bengang Dengan Sikap Usahawan Malaysia

gempak
15/05/2024
13:55 MYT
Hati siapa yang tidak panas apabila hasil kerja yang dibuat dengan kreativiti sendiri diambil orang tanpa sebarang kebenaran.  Berikutlah nasib yang menimpa seorang penulis tulisan khat apabila dirinya mendapati salah satu jenama hijab 'mencuri' hasil kerjanya untuk dijadikan sebagai corak tudung.