VIRAL

Petah Berpantun Pada Usia 7 Tahun, Persembahan Pelajar Berbangsa India Ini Tarik Perhantian Netizen - “Hebatnya…”

Ainun Md Zooki 14/07/2025 | 14:55 MYT
Seorang pelajar sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang dikenali sebagai Kovanhagan Thiyagaraja menarik perhatian netizen selepas menunjukkan kepetahannya berpantun.

Menerusi perkongsian di TikTok, Kovanhagan dilihat sangat bersahaja menyampaikan serangkap pantun di sebuah majlis sekolahnya.

Lebih menarik, Kovanhagan hanya baru berusia tujuh tahun.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kebolehan Kovanhagan dan menganggap dia sebagai pelapis kepada tokoh wartawan tersohor, Karam Singh Walia.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Wah, pelapis Karam Singh Walia dah muncul!”

“Hebatnya! Baru Tahun 1 dah boleh berpantun dengan penuh yakin.”

“Semoga adik Kovanhagan terus berjaya dan jadi ikon bahasa Melayu!”

#India #Murid #Pantun #Tahun #Satu