Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Petah Hafal Doa & Surah, Eina Azman Dipuji Pandai Didik Anak

Syafiqah Jalal 23/05/2019 | 05:36 MYT
Keletah anak perempuan pelakon Datin Eina Azman, Ariana Aubrey yang petah membacakan doa, surah dan zikir sebelum tidur mendapat perhatian netizen.
Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram miliknya, salah seorang anak kembarnya itu diminta membaca Surah Al-Ikhlas, doa tidur serta doa untuk ibu bapa dan zikir penenang hati.
Rata-rata pengikutnya memuji anaknya yang petah dan bijak membaca surah tersebut meskipun masih kecil dan sebutan yang pelat.
Tidak kurang juga yang mengagumi Eina sebagai ibu yang pandai mendidik anaknya dalam ilmu agama sejak kecil.
Eina yang popular dengan video masakannya di IG itu turut mempunysi seorang lagi anak kembar bernama Karl Kareef.
Eina mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan Datuk Kaiser Gurmet pada 31 Ogos 2014.

Goodnight ? @aubreykarl

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

#Anak #Eina Azman #Kembar #Doa #Didik
;