“Petang Adik Keluar, Esoknya Abang Rayyan Pula Masuk Hospital Sebab…”- Dugaan Rita Rudaini

Syafiqah Jalal
Mac 12, 2019 08:53 MYT
Pelakon Rita Rudaini mendedahkan anak pertamanya, Airit Rayyan Rizqin pula dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Rota Virus.
Menurut Rita, Rayyan dimasukkan ke hospital sebaik sahaja seorang anaknya lagi, Airit Qaqa Arjuna sembuh dari Influenza B dan baharu sahaja dibenarkan keluar hospital.
“Lepas qaqa kena Influenza B,petang adik keluar,esok abang Ryan pula masuk sebab Rota Virus.
“Mommy memang 2 minggu berumahtgga di hospital, pergi shooting dari hospital. Keluar pagi balik malam.
“Nasib ada Makngah dan Kak Eisya tolong teman dan nurse yang banyak tolong....dah lama dorg tak sakit...doctor pon cakap 'welcome back',” tulisnya.
Rita berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Rita turut memuat naik foto anaknya yang terlantar sakit di hospital.
Rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang berlaku dan mengucapkan kata-kata semangat buat anaknya.
Rita dan Aidil bercerai pada tahun 2013 dan mempunyai dua orang anak bersama, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
#Anak #Rita Rudaini #hospital #Hospital #Aidil Zafuan