Peti Ais SMEG Syamimia Bukan Ori, Tempah Pembalut & Logo Tiruan!
Amri Hassan
17/10/2023 14:25 MYT
17/10/2023 14:25 MYT
Syamimia mengaku dia hanya menempah khas pembalut serta logo jenama mewah, SMEG semata-mata untuk dipasang pada peti ais di rumahnya.
Menerusi satu temu bual bersama Motif Trending Gempak Most Wanted, influencer itu memaklumkan peti ais di rumahnya hanyalah sebuah jenama tempatan dan bukanlah berharga puluhan ribu ringgit seperti mana yang diperdebatkan netizen.
“Itu sebenarnya bukan peti ais SMEG, bila orang terlampau suka bercakap tentang kehidupan orang, buat spekulasi sebab itu saya ‘cool’ sahaja, itu bukan SMEG.
“Saya beli peti ais itu jenama tempatan yang dibeli pada 2021 lagi, lepas itu kita kreatif, orang otak seni ini kreatif dan saya cuba dapatkan pereka tempatan dan minta dia buat ‘emblem’ SMEG dan saya ukur betul-betul supaya nampak sama macam SMEG yang sebenar,” dedahnya.
undefined
Pendedahan wanita itu ternyata mendapat kecaman ramai apabila rata-ratanya menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mengejar populariti.
Terdahulu, Syamimia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial apabila menerima kecaman hebat netizen kerana menggunakan perabot serta barangan berjenama mewah walaupun menetap di sebuah flat PPR.
Keadaan tersebut dapat dilihat menerusi kandungan video memasak dan mengemas rumah yang dimuat naiknya di akaun TikTok.