HIBURAN

Petikan Lirik Lagu Jadi Perhatian Netizen, Isteri Abang Tesla Ada Sebab Masih Bertahan Dalam Perkahwinan - “Kita Pun Tak Tahu Apa…”

Mya Amri 17/06/2025 | 01:50 MYT
Isteri kepada pempengaruh media sosial, Abang Tesla iaitu Nurmajdina mempunyai sebab tersendiri masih bertahan dalam perkahwinan mereka.

Petikan lirik lagu jadi perhatian

Menerusi perkongsian di TikTok, Majdina telah memuat naik video pendek beserta lagu berjudul Tak Mampu Lupa nyanyian asal Putri Ariani.
Menurut Majdina, baris potongan lirik yang meninggalkan kesan padanya adalah ‘kan ku sembunyikan luka sampai kau tak melihatnya‘.
Disebabkan itu, menerusi ruangan komen hantaran tersebut, ada netizen mempersoalkan tindakan Majdina yang memilih untuk bertahan dalam perkahwinan yang didakwa menyakitkan.
Tidak cepat melatah, Majdina kemudiannya membalas dan berkata dia menyerahkan semuanya kepada yang Maha Berkuasa.
undefined
#Perkahwinan #Lirik Lagu #Abang Tesla #Nurmajdina #bertahan