Photocopier Siap Menang Award, Katanya Filem Terbaik, Tapi Betul Ke? Atau Hanya Indah Khabar Dari… #PopcornTime
21/01/2022 12:39 MYT
Jika ditanya apakah filem paling popular di Malaysia ketika ini, pastinya Photocopier antara yang terlintas.
Lihat saja media sosial anda, ada saja berkongsi poster filem yang turut dikenali sebagai Penyalin Cahaya
Jujurnya, penulis tidaklah menaruh harapan yang tinggi terhadap filem ini.
Namun, disebabkan ia terlalu ‘hype’ selain turut memenangi anugerah penghargaan utama di Festival Film Indonesia atau Piala Citra 2021, maka pastinya ada ‘something’ yang hebat bukan?
Berikut merupakan ulasan #PopcornTime kali ini.
Plot:
Secara dasarnya, Photocopier adalah filem misteri ‘thriller‘ mengisahkan kehidupan seorang pelajar wanita bernama Suryani atau Sur yang cuba merungkai persoalan selepas beberapa gambar miliknya tersebar.
Konflik berlaku selepas gambar Sur yang sedang mabuk tersebar di atas talian, sekali gus menyebabkan dia kehilangan biasiswa.
Disebabkan itu Sur tekad untuk menyiasat bagaimanakah gambarnya boleh tersebar.
Review:
Permulaan filem ini boleh dikatakan agak perlahan sebenarnya (mengikut pandangan penulis).
Namun, ‘pacing’ perlahan ini tidaklah terlalu lama. Selepas saja 15 minit semua itu mula berubah.
Dalam sekelip mata filem ini membuatkan ia sangat intriguing untuk ditonton. 1001 persoalan, 1001 tekaan!’
Penonton bakal dibawa dengan dunia naratif Sur dalam merungkai segala misteri yang timbul.
Ketika ini penonton pastinya sudah mengeluarkan teori masing-masing.
Visual Yang Sangat Impressive!
Filem ini mengangkat isu masalah sosial serta jenayah siber yang membelenggu kebanyakan remaja.
Daripada masalah alkohol sehinggalah penyalahgunaan teknologi.
Maka, banyaklah babak yang memaparkan realiti masyarakat sekarang.
Masih teringat dialog dalam filem ini yang mengatakan ‘minum alkohol bukan budaya Indonesia’. Itu saja sudah cukup menjadi sindiran halus dalam filem ini.
Selain itu, watak golongan kaya yang mempunyai kuasa, pengaruh dan harta juga dipaparkan dengan cukup jelas di sini. Ada duit semua boleh jalan!
Begitu juga dengan watak bapa Sur yang sangat tipikal buat sesetengah golongan khususnya buat para suami. Eyyy geram!!!
Satu kelebihan utama dalam filem ini juga, ia banyak menekan mengenai seni, budaya dan kepercayaan rakyat Indonesia.
Penulis suka bagaimana filem ini menerapkan elemen kesenian (teater), namun bukan dalam konteks yang tidak berat atau terlalu ‘method’.
Filem ini masih penuh dengan keseniannya, tetapi ia masih ringan dan boleh dihadam oleh kebanyakan penonton.
Kita dapat lihat bagaimana Suri yang disanjung tinggi sebagai pembangun laman web kelab teater.
Hebat sungguh masukkan seni teater dalam filem, belum lagi elemen tarian tradisonal yang diselitkan secara halus. Parti pun pakai kebaya, nak kata apa lagi!
Apapun pujian harus diberi apabila membabitkan sinematografi dan aspek visual.
Kebanyakan babak yang dipaparkan sebenarnya agak daring dan berani, tetapi visualnya tetap cantik dan mengagumkan.
Tergamam penulis untuk beberapa babak dalam filem ini. So Powerful!
Lakonan juga semuanya mantap, tetapi fokus mungkin lebih tertumpu pada watak Sur yang dilakonkan oleh Shenina Cinnamon. Hands down!
Tapi adakah filem ini perfect 10?
Tidaklah sampai begitu, ada juga momen ‘awkward’ apabila menonton filem ini terutamanya ketika babak akhir membabitkan watak Tariq.
Seperti ada yang tidak kena di situ.
Selain itu, ‘pacing’ pada awalnya yang agak perlahan sebenarnya sangat mengundang penonton yang cetek kesabaran terus terbuai lena.
Apapun, filem ini sangat bagus di mata penulis dan berharap Malaysia juga akan hasilkan karya sebegini.
Rating Gempak : 9/10