,
Laman Utama

Piala AFF 2022: “Saya Bertanggunghawab, Jangan Serang Pemain” - Kim Pan Gon Tetap Bangga Dengan Harimau Malaya

Gempak
10/01/2023
16:30 MYT
Wajah sugul pengendali Malaysia, Kim Pan Gon ketika hadir ke sidang media pasca perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 tidak menggambarkan perasaan sebenarnya.
Ini kerana jurulatih dari Korea Selatan itu tetap berbangga dengan persembahan pemainnya namun ucapan maaf tetap dititipkan kepada penyokong negara susulan kegagalan mereka mara ke final.
Tegasnya, apa sahaja yang berlaku pada malam ini seharusnya ditanggung olehnya dan bukan salah pemain di atas padang.
"Saya sangat menghargai pemain yang sanggup mengorbankan cuti dan masa bersama keluarga demi skuad kebangsaan.
"Tiada kesalan dan apa-apa rungutan daripada saya untuk Harimau Malaya. Kami akan belajar sesuatu daripada kempen Piala AFF kali ini.
"Mereka mengikut arahan dan mereka berjuang sehingga penghujung. Jika ada masalah, itu adalah kerana saya yang merancang taktikal, strategi dan barisan pemain.
"Anda boleh menyerang saya (dari segi perancangan) tetapi jangan serang pemain," kata Pan Gon.
Terdahulu, impian Malaysia untuk mara ke final berkecai selepas ditundukkan Thailand 3-0 pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat, sebentar tadi.
Berkelebihan satu gol daripada aksi pertama, anak buah Pan Gon tidak mempunyai jawapan untuk mengekang asakan Thailand yang mengesahkan tiket ke final Piala AFF 2022 dengan agregat 3-1.
Juara bertahan itu bakal berdepan Vietnam bagi perebutan gelaran 'Raja ASEAN'.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Berita

Saluran Radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM Terus Kukuh, Kekal Relevan Pilihan Nombor 1 Rakyat Malaysia!

gempak
12/11/2024
08:25 MYT
Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu. 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2% termasuklah stesen radio terkenal ERA FM , HITZ dan MY FM.
Berita

Banduan Islam Di Penjara Narathiwat Dihidang Makanan Halal – Jurucakap

gempak
10/11/2024
05:30 MYT
Layanan terhadap banduan di penjara wilayah Narathiwat tidak seteruk yang digambarkan.
Unitar