Piala AFF: Tewas 3-1 Secara Agregrat, Thailand Ke Final & Terima Kasih Perjuanganmu Skuad Harimau Malaya
Maliah Surip
10/01/2023 15:50 MYT
10/01/2023 15:50 MYT
Sempat membawa harapan dengan menundukkan Thailand 1-0 pada pusingan pertama separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Bukit Jalil, Malaysia, namun skuad Harimau Malaya harus menerima hakikat masih belum mampu meneruskan kecemerlangan tersebut.
Malaysia tewas 3-0 pada perlawanan kedua separuh akhir AFF yang berlangsung di Stadium Thammasat, Pathum Thani, malam ini.
Gol pertama diperoleh Thailand pada minit ke-19 menerusi Teerasil Dangda sebelum separuh masa pertama terikat 1-0.
Belum sempat bangkit, meski berlaku pertukaran pemain termasuk membawa Safawi Rashid masuk ke padang, Malaysia terus dikejutkan dengan jaringan dari Bordin Phala (minit ke-55) sebelum Adisak Kraisorn meranapkan impian skuad kendalian Kim Pan Gon pada minit ke-71.
Thailand layak ke final selepas mengalahkan Malaysia dengan agregrat 3-1.
Walaupun tewas, rakyat Malaysia tetap berbangga dengan skuad Harimau Malaya kerana telah ‘berperang’ sehingga ke peringat separuh akhir. Terima kasih di atas perjuangan kalian!
Sementara itu BERNAMA melaporkan kemenangan malam ini menamatkan rekod tanpa kemenangan Thailand berdepan Malaysia selepas enam perlawanan sejak 2018 sekali gus membawa motivasi terbaik bagi menghadapi final pertama bertemu juara dua kali, Vietnam, di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Jumaat ini.
Thailand adalah pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak penganjuran sulung pada 1996 apabila muncul juara sebanyak enam kali selepas beraksi pada sembilan edisi final sebelum ini.