Piala Dunia 2022 Qatar Dibuka Dengan Lantunan Ayat Suci Al Quran
Maliah Surip
21/11/2022 08:55 MYT
21/11/2022 08:55 MYT
Pertarungan sukan paling popular dunia, bola sepak melalui Piala Dunia 2022 di Qatar sudahpun bermula semalam.
Antara yang menarik perhatian pada acara pembukaan temasya yang berlangsung di Stadium Al Bayt, Al Khor, adalah ia diwarnai dengan lantunan ayat suci Al Quran.
Lantunan ayat suci Al Quran tepatnya Surah Al-Hujurat ayat 13 itu disampaikan oleh Brand Ambassador Piala Dunia 2022, Ghanim Al Muftah.
Saat itu terjadi dialog Ghanim bersama aktor terkenal Morgan Freeman.
Aktor Amerika Syarikat itu didengar mengatakan: “Bola sepak menyatukan bangsa.”
Penonton kemudian diperdengarkan dengan lantunan ayat ke-13 dari surah Al-Hujurat dari Ghanim yang membuat pembukaan temasya di Qatar lain daripada yang lain.
Meski demikian, acara pembukaan Piala Dunia 2022 yang sepanjang 20 November hingga 18 Disember depan tetap dimeriahkan dengan pelbagai hiburan termasuk nyanyian dan tarian teatrikal bernuansa Arab.
Malah kehadiran salah seorang anggota BTS, Jung Kook disambut hangat oleh puluhan ribu penonton saat dia membawakan lagu berjudul Dreamers.
Seperti yang diketahui, Piala Dunia 2022 Qatar menjadi kontroversi selepas negara itu mengeluarkan garis panduan termasuk menolak bersetuju dengan aliran LGBT sehingga banyak penghibur antarabangsa menarik diri dari terbabit untuk melakukan persembahan dalam sukan tersebut.
Ia termasuklah Sharika yang cukup terkenal lewat lagu tema Piala Dunia, Waka Waka.
Piala Dunia 2022 Qatar diwakili 32 pasukan bola sepak handal dengan perlawanan pembukaan menyaksikan Ecuador menewaskan tuan rumah 2-0.