Piala Dunia 2022 Qatar: Penyanyi Hentikan Temubual, Soalan Wartawan Israel Biadab!
Maliah Surip
22/11/2022 15:55 MYT
22/11/2022 15:55 MYT
Penyanyi kelahiran Colombia, Maluma menghentikan temubual sekaligus meninggal set Israel KAN News selepas berang dengan soalan yang diajukan wartawan Israel.
Maluma yang merupakan salah seorang penyanyi untuk lagu tema Piala Dunia 2022 Qatar menyifatkan soalan yang diajukan oleh Moav Vardi sebagai biadab.
Menerusi video yang tersebar, Vardi bertanya tentang hak kemanusiaan yang dinafikan dalam temasya itu. Meski kurang menyenangi persoalan tersebut, Maluma pada mulanya dilihat memberi kerjasama sebelum berang dengan soalan susulan dari wartawan tersebut.
“Adakah anda tidak mempunyai masalah dalam isu penafian hak kemanusiaan di negara ini?”tanya Vardi yang antaranya merujuk kepada penarikan diri penyanyi Shakira dan Dua Lipa untuk terbabit dalam temasya tersebut.
Soalan tersebut dijawab penyanyi dan komposer itu dengan baik.
“Saya tidak boleh menyelesaikan masalah ini. Saya datang ke sini untuk bergembira. Berseronok menonton perlawanan bola sepak dan muzik.
“Lagipun saya tidak terlibat dengan semua ini. Saya di sini untuk bergembira dengan muzik saya, kehidupan yang baik dan bermain bola sepak juga,” jawab Maluma seperti dilaporkan USAToday.
Vardi kemudian melontarkan soalan susulan dengan bertanya jika Maluma memahami dilema hak kemanusiaan yang dinafikan di negara tersebut. Dia merujuk kepada garis panduan Qatar yang antaranya menghalang golongan atau hal berkaitan LGBT sepanjang temasya sukan berlangsung.
“Adakah saya perlu menjawabnya,” kata Maluma sebelum dilihat meletakkan mikrofon.
Dia juga terdengar berkata: “Anda biadab,” sebelum meninggalkan set temubual.