,
Laman Utama

Piala Dunia Qatar 2022: Pemain Arab Saudi Terima Hadiah Rolls-Royce Phantom Harga RM2 Juta Seorang!

Amri Hassan
24/11/2022
23:25 MYT
Untungnya! Pasukan bola sepak Arab Saudi menerima durian runtuh apabila dilaporkan akan menerima sebuah Rolls-Royce Phantom setiap seorang selepas kejayaan menewaskan Argentina 2-1 pada Piala Dunia Qatar 2022.
Menurut beberapa laporan media antarabangsa, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud akan memberi hadiah itu sebagai tanda penghargaan sebagai ganjaran atas kerja keras yang ditampilkan oleh mereka.
Untuk rekod, harga semasa bagi sebuah Rolls-Royce Phantom bernilai AS$460,000 atau sekitar RM2 juta.
Selain diberikan hadiah kereta mewah kepada setiap pemain, Mohammed Bin Salman juga dilaporkan akan menghadiahkan setiap pemain wang sebanyak AS$1 bilion (RM4.5 bilion) sebagai tanda ucapan terima kasih daripada pihak kerajaan.
Pada Selasa, Arab Saudi menamatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah yang dimiliki oleh Argentina yang menyaksikan skuad kendalian Hervé Renard meraih kemenangan dengan keputusan 2-1.
Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi menyudahkan sepakan penalti susulan kekasaran yang dilakukan Saud Abdulhamid terhadap pemain tengah, Leandro Paredes. Kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa pertama.
Mimpi ngeri Argentina bermula pada minit ke-48 apabila percubaan kaki kiri Saleh Al-Shehri dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Feras Al-Brikan berjaya membolosi gawang Argentina yang dikawal Emiliano Martinez.
Sumber: Sinar Harian
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Arab Saudi Bina Kereta Kabel Ke Gua Hira, Mula Operasi Tahun Depan

gempak
03/09/2024
15:59 MYT
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira, yang dijangka beroperasi pada tahun depan.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Peraduan

GOLD on Astro First - Sewa & Menang (CLH Signed Jersey)

gempak
30/08/2024
06:45 MYT
Korang nak menang menang jersi terhad ditandatangani oleh Cheah Liek Hou dan pelakon filem Gold? Jom Check it out!
Sukan

Paralimpik Paris: Liek Hou, Fareez Anuar Menang Aksi Pertama

gempak
29/08/2024
12:40 MYT
Jaguh perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou, menepati ramalan memenangi perlawanan pertama kategori SU5 Kumpulan A Sukan Paralimpik Paris 2024, sebentar tadi.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.