,
Laman Utama

Pian Cecupak Meninggal Dunia

Gempak
26/01/2022
16:36 MYT
Pelawak dan pengacara Pian Cecupak, 52, meninggal dunia selepas ditemui terjatuh dalam bilik air di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni malam tadi.
Adiknya Hassenah berkata, abangnya ditemui oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air sekitar jam 8 malam tadi.
“Punca kematiannya belum diketahui. Sepatutnya abang ada tawaran show esok, tapi kami tidak pasti dimana.
"Proses pengkebumian juga belum dapat dipastikan dimana buat masa ini dan hanya akan diketahui esok.
"Buat masa ini jenazahnya masih di rumah emak dan selepas ini akan ditempatkan di surau di sini," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan Allahyarham Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.
Pian kerap berdepan masalah semput dan sering menerima rawatan daripada doktor.
Doktor kemudiannya mengesahkan dia mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).
Allahyarham bercerai dengan bekas isteri pada 2000 dan menerusi perkahwinan itu, dikurniakan dua anak iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.
Sumber: Harian Metro
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Adik Pian Cecupak Kongsi Abang Meninggal Dalam Keadaan Menghadap Kiblat- “Tangan Berqiam, Dia Sangat Bersih”

gempak
27/01/2022
22:00 MYT
Salam takziah.
Berita

"Doktor Kata Saya Bila-Bila Masa Sahaja Boleh Pergi" - Pian Cecupak Mohon Maaf Pada Semua

gempak
02/11/2018
05:15 MYT
Hiburan

Alami Kesukaran Bernafas, Pian Cecupak Dirawat di Hospital

gempak
17/10/2018
23:34 MYT
Unitar