,
Hiburan

"Piayawan, Piawawan, Piaawan!" - Kamal Adli Tersasul Sebut 'Piawaian' Ketika Hosting MeleTOP Hiburkan Hati Netizen

Amri Hassan
14/03/2018
01:58 MYT
Bersiaran secara langsung malam tadi, Kamal Adli yang menggantikan Nabil sebagai pengacara jemputan di samping Neelofa mengundang rasa lucu apabila tersasul menyebut perkataan 'piawaian'.
Kamal yang ketika itu sedang menemuramah Douglas Lim beberapa kali mengulangi perkataan sama namun masih sukar menyebutnya dengan jelas.
"Adakah selama lapan minggu ini semua peserta telah mencapai pia-ya-wan, pia-wa-wan, pia-a-wan, aspek yang you nak sebenarnya?" soal Kamal.
Lebih melucukan, Kamal dibantu oleh Neelofa yang turut berbelit lidah menyebut perkataan sama iaitu 'pia-ya-wan'!
Potongan sedutan video itu tular di Twitter dan netizen menyifatkan situasi itu seolah-olah peribahasa 'ketam mengajar anaknya berjalan lurus'.
"Bukan piayawan, piawaian lah," tulis @Fatinamelynn.
"Aku pun perasan tadi. Nak betulkan tapi dia pun salah," komen @dharniee_. Kamal sebelum ini pernah menjuarai rancangan Super Spontan Superstar 2017 pertama kali menggantikan Nabil mengacarakan MeleTOP.
Manakala, Douglas yang diundang ke rancangan itu malam tadi merupakan juri tetap rancangan Gegar Lawak yang bakal melabuhkan tirainya pada hari Jumaat ini.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Hiburan

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

gempak
20/10/2024
07:55 MYT
Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Unitar