“Picit Kepala Tak Boleh, Apatah Lagi Baba Pegang Tangan Mummy”- Deena Emir Dedah Perangai Anak
Mya Amri
20/01/2019 08:04 MYT
20/01/2019 08:04 MYT
Isteri pelakon Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir mendedahkan sikap anak lelaki mereka, Muhammad Luth Ali yang berusia 2 tahun.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi sekeping foto bersama suaminya di akaun Instagram (IG) milik Deena.
Menurut Deena, anak lelakinya itu kini dalam fasa cemburu dan tidak membenarkannya untuk terlalu rapat dengan Saharul.
“Bila anak tidur, kalau tak semua benda dia nak jealous. Baba pegang phone mummy tak boleh, mummy picit kepala baba tak boleh, apatah lagi baba pegang tangan mummy zzz. @kisah.ali,” kongsinya ringkas.
“Bukan selalu dapat bermanja-manja laki bini macam ni. Ali tengah tidur. So lepas solat sama-sama tadi kita bercintalah kejap. Kalau tak Ali selalu marah saya, pegang tangan Deena pun dia marah.
“Ya Allah, berikanlah aku masa dan peluang yang banyak untuk aku berjemaah dengan isteriku lagi.
“Inilah terapinya kalau tengah stress, bergaduh pasal nak makan apa ke, lepas solat mesti semuanya InshaAllah back to normal,” tulis Saharul di Instagram.
Menerusi ruangan komen, pengikut Deena dan Saharul juga berkongsi perangai anak-anak mereka yang hampir serupa dengan Ali selain memuji kecomelan anak pasangan berkenaan.
Terdahulu Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pada 6 Jun 2017.
Foto: Instagram @deenaemir/@saharulridzwan

Dalam pada itu, Saharul juga mengakui perkara itu selain mendedahkan tabiat anaknya kesayangannya itu.