Pierre Andre Rasa Bebas Tanpa ‘Handphone’ Sejak 10 Tahun Lalu - “Siapa Nak Hubungi Saya, Kena…”
Asyikin Mayudin
21/02/2024 01:50 MYT
21/02/2024 01:50 MYT
Pada zaman sekarang ini sememangnya memerlukan telefon bimbit dan laman sosial untuk berkomunikasi dengan orang serta mengetahui mengenai isu semasa.
BERITA TRENDING : Tak Perlu Ke KL, Pierre & Mikael Andre Ke Tempat Korang Untuk Cari Bakat Baharu Berlakon Siri Seram!
Namun berbeza dengan pengarah dan pelakon Pierre Andre yang lebih selesa untuk tidak mempunyai telefon bimbit dan laman sosial.
Malah menurut anak kepada pelakon terkenal Khadijah Tan ini, sesiapa saja yang ingin berhubung dengannya perlu mencari isterinya.
“Saya tiada media sosial. Saya tidak ada telefon, sudah 10 tahun saya tidak ada. Siapa nak hubungi saya, kena telefon isteri saya. Pernah satu masa, saya hanya guna telefon awam.
“Sebabkan tidak ada telefon, saya tidak pernah komunikasi dengan orang lain. Kalau nak hubungi saya, kena hubungi isteri saya.
“Saya rasa sangat bebas tidak menggunakan telefon. Berbeza dengan masa saya sebelum kahwin, telefon bagi saya tekanan,” katanya kepada Gempak.
Pierre ditemui ketika ditemui pada majlis bacaan doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di Metrowealth, Petaling Jaya, pada Isnin.
Attendee panel closed
Attendee panel closed