Hiburan

"Pihak Itu Sanggup Bayar Triple" - Ditawar Beratus Ribu Ringgit, Nabil Ahmad Tolak Tawaran Jadi Duta Jenama Pakaian Lain Kerana Ini

gempak
Amri Hassan
08/03/2024
08:45 MYT
Sponsor Banner
"Pihak Itu Sanggup Bayar Triple" - Ditawar Beratus Ribu Ringgit, Nabil Ahmad Tolak Tawaran Jadi Duta Jenama Pakaian Lain Kerana Ini
Setia untuk tahun kesembilan bersama jenama pakaian baju Melayu sama, pengacara Nabil Ahmad mendedahkan dia sanggup menolak tawaran bergelar duta jenama pakaian terkenal yang berjumlah ratusan ribu.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 40 berkata wang ringgit bukanlah keutamaannya dan tidak bergelap mata meskipun tawaran yang diterimanya tinggi.
“Ada jenama yang menawarkan saya ratusan ribu ringgit, tapi saya tolak. Ia kerana kesetiaan, sebab saya ingat lagi masa saya tengah tiada ‘job’ waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hidup saya memang huru-hara, satu-satunya klien yang telefon saya minta saya buat video adalah Jakel.
“Jadi saya memang ingat sangatlah. Tak bolehlah saya nak sebut jenama yang tawarkan saya itu. Banyak yang mereka tawar tapi tidaklah sampai berjuta.
“Ayat dia macam ini, berapa Jakel bayar kau, aku bayar ‘double’. Kemudian saya beritahu sekiranya Jakel sanggup bayar ‘double’, pihak itu sanggup bayar ‘triple’.
“Untuk saya ia nampak macam berlawan, kau bukan nak aku sangat, kau nak lawan sahaja nak tunjuk kau boleh beli kita. Di situ pula kita kena tunjuk nilai kita. Mungkin orang lain boleh gelap mata dengan nilai itu, tapi saya tidak,” katanya kepada Gempak.
Nabil yang ditemui di sidang media pelancaran kempen Raya Sakan 2024 di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat juga berkata dia tidak menyesal dengan keputusannya.
“Saya tidak menyesal, sebab saya rasa tiada cara lain untuk saya membalas budi dan tiada cara lain nak beritahu orang yang saya setia di sini. Sebab di sini pun, kadang-kadang kalau tiada job pun saya risik dengan pihak sini, kalau ada kerja yang saya boleh buat dan pihaknya memahami.
“Saya letakkan kesetiaan pada itu, bukanlah saya letak nilai pada duit semata-mata. Macam contoh Jakel sudah bagi saya pakaian Hari Raya selama sembilan tahun, bukan saya saja tapi keluarga saya termasuk orang tua saya.
“Jadi di mana saya mahu balas jasanya? Kesetiaan itu yang penting, ia bukan pada wang ringgit sebab saya bukan mata duitan,” katanya.
Nabil berkongsi perkara itu selepas ditanya kesetiaannya bersama jenama itu buat tahun kesembilan.
Gedung tekstil, Jakel, melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula hari ini.
Selari dengan moto kempen tahun ini bergaya sambil berjimat, Jakel menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebin rendah berbanding tahun sebelumnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live