Laman Utama

“Pihak Sana Sudah Beri Keterangan” - Puteri Sarah Kongsi Perkembangan Kes Gangguan Orang Ketiga

gempak
Izwan Isa
30/08/2022
10:30 MYT
Sponsor Banner
“Pihak Sana Sudah Beri Keterangan” - Puteri Sarah Kongsi Perkembangan Kes Gangguan Orang Ketiga
Aktres Puteri Sarah Liyana mengesahkan individu yang didakwa mengganggu rumah tangga dia bersama suaminya, pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar telah dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sekitar minggu lalu.
Puteri Sarah berkata, Ira dipanggil pihak JAWI bagi membantu siasatan susulan tindakan saman yang difailkannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di JAWI serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) penghujung Jun lalu.
“Benar, pihak sana sudah memberi keterangan dan sekarang ini pegawai penyiasat sedang menyiasat dengan lebih lanjut. Tapi proses ini ambil masa untuk dikaji. Jadi, insya-Allah proses ini akan ke tahap seterusnya.
“Proses seterusnya, kena tunggu. Saya tak boleh berkongsi kerana ia masih dalam proses siasatan di bahagian Mahkamah Syariah untuk gangguan orang ketiga dan di Mahkamah Sivil juga sedang berjalan, untuk dakwaan orang ketiga,” katanya kepada Gempak.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media teater Maduku Terpaling Kalut di ibu kota, pada Selasa.
Dalam pada itu, Puteri Sarah mengakui berasa lega apabila perkembangan aduannya berjalan dengan baik.
“Jujurnya, saya lega sebab ada perkembangan yang baik. Doakan semuanya ada kemenangan di pihak saya. Keadilan untuk daya dan anak-anak. Sebab saya buat semua ini semua untuk anak-anak,” katanya.
Tambah Puteri Sarah lagi, dia kini tidak lagi menerima gangguan di laman sosial selepas aduan tersebut dilakukan.
“Alhamdulillah, setakat ini sudah tiada gangguan selepas arahan injuksi dikeluarkan. Jadi mereka tak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan dekat dengan keluarga saya.
“Kalau ada gangguan, saya pasti akan beritahu peguam saya. Hidup saya sekarang lebih aman dan damai,” katanya.
Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, media melaporkan Ira Kazar ditahan JAWI . Sebelum itu, pada 20 Ogos lalu media turut melaporkan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024