gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pelakon Dimas Anggara Minta Maaf Tampar Anak Pasha Ungu
VIRAL
Pempengaruh Maut Lepas Buang Lemak, ‘Buat Hidung’ Percuma Semasa Berbulan Madu
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Hariz Fayahet Pernah 'Struggle' Dapat Restu Ibu Untuk Menyanyi - "Dia Harapkan Saya Kerja Dalam Sektor ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Pihak Terlibat ‘Missing In Action’, Radhi OAG Nekad Perjuangkan Tuntutan Royalti Lagu - “See You In Court!”

gempak
Umirah Halim
27/03/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Pihak Terlibat ‘Missing In Action’, Radhi OAG Nekad Perjuangkan Tuntutan Royalti Lagu - “See You In Court!”
Vokalis kumpulan OAG, Radhi berkongsi mengenai perkembangan terkini mengenai kes tuntutan royalti lagu-lagu ciptaannya.
Radhi berkata, buat ketika ini dia dalam proses untuk membuat rundingan bagi mendapatkan semula hak sepenuhnya bagi lagu-lagu ciptaannya.
“Sekarang saya dah approach satu company dalam proses untuk runding macam mana saya nak dapatkan semula katalog lagu lama saya. Saya mahu milikii sendiri katalog saya dan saya akan publish sendiri.
“Sebelum ini mungkin yang bertanggungjawab menjaga lagu saya mereka sibuk dan tiada masa untuk jaga itu cara paling terbaik saya cuba untuk dapatkan balik.
Sementara itu, Radhi atau nama lengkapnya Muhammad Radhu Razali, mengakui sebelum ini dirinya tidak terlalu fokus mengenai royalti lagu sehinggalah sedar akan kepentingan perkara tersebut.
“Sebelum ini saya tak ambil pusing perkara ini, tapi sekarang ini saya mahu ambil hak cipta dan ambil tahu apa yang berlaku dengan lagu saya kerana ada sekitar 80-90 lagu yang saya cipta.
“20 tahun tidak dapat royalti jadi saya perlu perjuangkan hak saya, tak dapat royalti sebelum ini pun tidak mengapa cuma saya mahukan katalog.
“Kebanyakan lagu itu lirik susunan lagu saya yang buat, kalau pihak sana tak bagi kena perjuangkan lah,” ujarnya lagi.
Radhi bagaimanapun terbuka untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah namun nekad untuk meneruskan kes ini selepas pihak yang terlibat bertindak menghilangkan diri atau ‘missing in action’.
“Kalau boleh saya nak selesaikan luar mahkamah, tapi nampak gaya nya tidak kerana pihak ini missing in action.
“Bukan nak balas dendam atau menyalahkan mana-mana pihak cuma ini sahaja cara untuk selesaikan kerana nama saya yang akan terjejas kerana geran itu atas nama saya bila duit itu ghaib saya yang kena jadi jumpa di mahkamah,” katanya.
Topic Berkaitan
#Mahkamah
#Lagu
#OAG
#Radhi
#Royalti
Must-Watch Video