Berita
Pikat Hati Lelaki Dengan Lagu Cinta, Sissy Iman Kongsi 3 Tips Memikat!
Penyanyi Sissy Iman berkongsi tiga buah lagu yang boleh digunakan seorang wanita untuk memikat hati lelaki atau kekasih.
Sissy berkongsi perkara tersebut di program realiti The House musim kelima (The House 5) episod 5 yang pernah ditayangkan pada tahun 2019.
“Sissy nak ajar kamu semua macam mana nak pikat hati lelaki dengan lagu cinta,” katanya.
The House 5 turut menampilkan dua penyanyi lain iaitu Wani Kayrie dan Sarah Suhairi yang diminta tinggal serumah dan menyahut pelbagai cabaran dan gelagat mereka mencuit hati.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.
Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
Must-Watch Video