Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Piknik Bawa Cermin & Pasu Curi Perhatian Warganet, Pasangan Ini Dapat Idea Untuk Buat Bisnes - "Ada Nak Tempah Untuk Bulan Disember ..."

Zulaikha Yusof
26/06/2020 03:25 MYT
Satu pasangan di media sosial menjadi perhatian selepas beberapa keping gambar ketika berkelah di tepi pantai mendapat pujian wargamaya.

Dekorasi yang menawan, lengkap bersama cermin dan pasu bunga disertakan dengan suntingan video yang membuatkan ramai teringin untuk melakukan perkara sama.

Ketika dihubungi Gempak, Nurul Aida Mohd Herwan menyatakan ini merupakan kali pertama dia dan kekasih, Shah Idham Ishak melakukan piknik di Pengkalan Balak, Melaka.

Pasangan ini bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 4 pagi dan sampai kira-kira 6 pagi semata-mata untuk melihat matahari terbit.

"Ini kali pertama kami berdua buat, sebelum ni tak pernah lagi. Kami berdua gerak dari Kuala Lumpur pukul 4 pagi semata-mata untuk menikmati pemandangan matahari terbit di tepi pantai.

"Tapi dalam pukul 6 pagi kami sampai, hujan renyai-renyai jadi kami terpaksa tunggu selama beberapa jam sebelum mula setup.

"Kami agak kecewa sikit la sebab kami kejar matahari terbit tetapi tak dapat," katanya.



Tambah gadis berusia 22 tahun ini, dia dan teman lelakinya menjadikan laman web Pinterest sebagai sumber inspirasi untuk dekorasi.

Malah, suntingan video yang dikongsikan kepada orang ramai adalah hasil daripada mereka berdua yang berkongsi minat yang sama.

"Konsep tu sebenarnya kami dapat inspirasi dari laman web foto Pinterest. Cermin yang kami bawa tu takda simbolik cuma untuk nampak lebih cantik apabila bergambar.

"Barang-barang yang digunakan semua kami ambil dari rumah, tak beli baru pun. Boleh dikatakan hampir semua kepunyaan teman lelaki saya sebab dia minat dengan dekorasi.

"Nak setup tempat tu tak ambil masa yang lama, dalam 15 minit saja dengan cuaca redup, tak ada angin yang kuat.

"Cuma apa yang mengganggu kami adalah lalat. Mungkin sebab waffle, crossaint serta madu yang kami bawa tu.

"Untuk video memang kami berdua yang rakam sekali dengan editing.

"Kalau tengok dekat Instagram (IG) memang banyak kami kongsi video dan gambar sebab itu adalah hobi," katanya lagi.



Sementara itu, Aida menyatakan disebabkan ramai yang berminat dengan dekorasi itu mereka sepakat untuk membuka tempahan.

"Sebenarnya idea untuk menjalankan bisnes tu datang dari teman lelaki saya. Tetiba dia hubungi dan bagitau lalu saya terus sokong.

"Apa salahnya kan..Sejak ramai yang suka dengan dekorasi kami.

"Masa mula-mula tu kami ada tanya dekat IG ada tak yang berminat kalau nak buat. Tak sangka pulak ada yang nak tempah untuk bulan Disember ni itu yang buat kami lagi semangat.

"Jadi kami akan buka tempahan mulai Sabtu ini (27 Jun) di IG @chermindecor dengan pelbagai pakej mengikut permintaan pelanggan," kata Aida.

BACA: "Tak Pernah Rasa Malu & Segan" - Pelajar Ini Simpan Hasrat Nak Bawa Ibu Bapa OKU Tunai Umrah​

BACA: Sebak.. Demi Mencari Rezeki, Abang Food Panda Guna Basikal Untuk Hantar Makanan​

with my @aidaherwan #lightroompresets #dapper #menswear #streetfashionstyle #streetfashion #mensfashion #interiordesign #summerstyle #streetwear #mensstyle #fashion #menshair #teamrayakl #saturdayvibes #menstyleblogger #fashion #spring #dapper #photooftheday #mensfashionblogger #menootd #menstylefashion #menfashionblog #mensstyleguide #menslook #stylemen #styleformen #menswithclass #home

A post shared by @ shahidham_ on

#Pantai #Piknik #Cermin #Pasangan Kekasih #Pasu