Laman Utama
Pilih Gadis Berumur 19 Tahun, Haqiem Rusli Nikah 19 November!
Penyanyi popular Haqiem Rusli mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihannya pada 19 November ini.
Perkara itu dimaklumkan Haqiem, 23, usai Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) pada Ahad.
"Saya akan bernikah pada 19 November dan majlis ini dibuat secara kecil-kecilan seramai 200 tetamu sahaja bagi mematuhi SOP.
"Ini malam yang tepat untuk saya beritahu kepada publik. Hal yang baik saya akan share, jangan risau. Saya minta doa yang baik-baik daripada anda semua supaya semua berjalan lancar," katanya pada sidang media.
Bercerita lebih lanjut, Haqiem memberitahu bakal isterinya merupakan rakan bisnes perniagaannya.
"Dia merupakan rakan bisnes saya, kalau nak tahu dialah bos besar dan saya ni duta saja.
"Bila jumpa dia, apa salahnya saya masuk saham sikit, maka keraplah berjumpa dan sering berbincang pasal bisnes, saya yakin dialah orangnya.
"Dia melengkapi saya dan banyak banyak mengubah saya ke arah kebaikan. Usianya kini 19 tahun," dedah Haqiem tanpa enggan berkongsi nama penuh gadis berkenaan.
Majlis pernikahan Haqiem akan diadakan di Cyberjaya, serentak dengan itu single berjudul Hitam Saksi Putih akan dilancarkan.
Pada ABPBH34, Haqiem memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!