Pilih Konsep Tradisional Untuk Malam Berinai, Anis Al-Idrus Nampak Menawan

Mya Amri
Julai 7, 2017 07:22 MYT
Bakal bergelar isteri beberapa jam sahaja lagi, pelakon, Anis Al- Idrus sempat berkongsi kemeriahan majlis malam berinainya.
Memilih konsep tradisional untuk malam berinai yang bertemakan Pink Henna Night, Anis kelihatan begitu cantik mengenakan busana berona merah jambu.
Majlis yang berlansung semalam itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Dengan menggunakan hashtag # #aimananishennanight, #AAinfinitylove, #aimananisinfinitylove dan #aimananis, jurugambar profesional telah merakamkan pelbagai ragam Anis bersama bakal suaminya, Aiman Rafzan sepanjang majlis tersebut.
Pasangan ini bakal diijabkabulkan malam ini di Shah Alam.
Berikut merupakan beberapa foto menarik yang dikongsi oleh Anis menerusi akaun Instagramnya.
Teks oleh: Mya Amri
#Malam Berinai #Anis Al-Idrus