,
Laman Utama

Pilih Malaysia Show Pertama Lepas Berehat, Pamungkas Bakal Bawa 22 Lagu Dari Semua Albumnya

Maliah Surip
04/05/2023
09:55 MYT
Komposer dan penyanyi Pamungkas menyatakan keterujaan untuk melakukan persembahan pada malam ini selepas mengambil istirehat daripada dunia seni sejak Februari lalu.
Dan aktiviti seninya dimulakan di Malaysia menerusi siri persembahan Nusafest, Pamungkas Live In Kuala Lumpur.
“Ini (Pamungkas Live In Kuala Lumpur) akan menjadi persembahan pertama saya selepas berehat Februari lalu, di Malaysia, senang sekali rasanya,” ujar Pamungkas saat ditemui Gempak di Astro di semalam.
Bercakap mengenai persembahan yang akan berlangsung di Zepp KL bermula pukul 8.30 malam, pemuzik tersebut mengatakan ia dijadual berlangsung sekitar dua jam dengan dirinya membawakan lagu dari empat album miliknya.
“Kerana ini persembahan solo jadi durasinya sekitar dua jam dengan 22 atau 24 buah lagu yang dipilih daripada semua album saya. Jumpa di Zepp KL semua,” katanya lagi.
Pemuzik yang baru merilis album keempatnya, Birdy juga berkongsi mengenai keputusa berehat sementara daripada karier dan media sosial pada Februari lalu.
Menurut pemilik sebenar nama Rizki Rahmahadian Pamungkas ini, dia memerlukan masa rehat dan kembali menjadi manusia lagi.
“Jadi selepas persembahan terakhir pada 25 Februari lalu, saya putuskan untuk berehat dari dunia kerja. Saya perlukan masa untuk diri sendiri, menjadi manusia lagi.
“Saya habiskan masa dengan main game, jalan-jalan bertemu teman lama, balik ke rumah ibu bapa dan berkenalan dengan orang baharu,” katanya.
Alasan di atas semua tindakannya itu tak lain tak bukan ada bersangkutan dengan sikap lelah terhadap dunia media sosial.
“Saya deferble (tunda) semuanya,” kata penyanyi yang mencetak rekod Spotify dengan lagu To The Bone ini.
Untuk yang belum mendapatkan tiket, boleh layari www.myticket.asia demi menyaksikan persembahan bertenaga daripada Pamungkas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar